๐ช๐๐ฅ๐๐ช๐๐ง๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ช๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ฆ๐๐ฅ๐ง ๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐๐ฌ
1. Konsert โColdplay: Music of the Spheres World Tourโ tetap diteruskan malam kelmarin walaupun dalam keadaan hujan. Tahniah kerajaan Malaysia, konsert pemuja LGBT berlangsung dengan jayanya.
2. Wirawati melihat di media-media sosial kecoh dengan ‘KELULUSAN KELMARIN’ dan publisiti besar-besaran konsert ini selepas dikatakan menyokong Palestin.
3. Wirawati kecewa apabila pandangan dan gesaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah supaya penganjur membatalkan konsert ini ekoran disifatkan tidak mendatangkan manfaat kepada negara, diketepikan demi meraikan konsert LGBT ini.
4. Persoalannya, Malaysia sendiri sudah tidak ada idea lainkah untuk dibuat selain dari terus menerima permohonan penganjuran konsert orang luar yang kita semua maklum kumpulan berasal daripada United Kingdom ini menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)? Ia terang-terangan bertentangan dengan nilai murni serta budaya di Malaysia. Lebih menggusarkan lagi apabila sasaran pengunjung adalah golongan anak muda Melayu-Islam di Malaysia.
5. Wirawati menegaskan konsep boikot yang heboh dimainkan pelbagai pihak sepatutnya lebih besar dan bukan berbentuk selektif. Jika sesuatu barangan atau produk Israel boleh diboikot, mengapa yang terang-terangan membawa agenda songsang ini kita boleh pejam mata sahaja? Kerajaan wajar mengwujudkan sekatan kepada mana-mana individu atau kumpulan penghibur yang dilihat mampu mengancam dan mengganggu-gugat akidah umat Islam dan kefahaman beragama setiap rakyat Malaysia.
6. Walaupun dikatakan bahawa kumpulan ini menyokong Palestin, ia tidak menjadi tiket untuk meneruskan konsert, Kerajaan sepatutnya lebih faham mudharat yang lebih buruk iaitu keruntuhan akhlak orang Islam dan tidak mustahil selepas ini akan ada gerakan, permintaan untuk adakan konsert pesta oleh individu atau kumpulan seumpama ini lagi. Ia boleh menjadi jarum halus kepada pengiktirafan perbuatan yang liberal dan bercanggah dengan akidah Islam selaku agama bagi Persekutuan.
7. Jika PM Anwar Ibrahim betul-betul tegas dengan pendiriannya mengenai isu Palestin, PM Anwar Ibrahim sepatutnya lebih lantang lagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan menggesa seluruh pemimpin di bawah kepimpinannya agar mengelakkan dari menganjur program yang boleh mengwujudkan kontroversi terhadap pegangan rakyat Malaysia.
Sekian.
Nurhafizah Jamalludin
Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia
24 November 2023.