Berita PUTRA

𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗜

1. Sebenarnya, suara guru-guru dan ibu bapa banyak menentukan apakah keutamaan dalam Belanjawan untuk sektor pendidikan negara. Kerajaan sebenarnya sentiasa mendengar hasrat para guru dan ibu bapa.

2. Sejak dua tahun yang lalu, bertalu-talu suara guru dan ibu bapa di media sosial tentang isu kelas terlalu padat, sekolah daif, silibus matematik dan sains yang sukar dan keciciran murid yang meningkat ketara sekali.

3. Hampir setiap hari para ibu bapa tanpa lelah bersuara di media sosial. Tanpa rasa ragu, takut dan bimbang, sebahagian para guru juga bersuara. Mereka tahu tindakan mereka ada risiko. Ada yang telah dikenakan tindakan. Tapi mereka juga tahu, kasih sayang pada pendidikan murid-murid jauh lebih utama dari risiko yang mereka terpaksa tanggung.

4. Sebenarnya, suara mereka cukup ikhlas dan murni. Mereka bersuara semata-mata demi kebaikan dan masa depan pendidikan anak-anak dan murid-murid mereka. Sebagai ibubapa dan guru-guru, apa yang mereka ada hanyalah suara. Mereka tiada kuasa.

5. Mereka bersuara bukan untuk berpolitik. Jauh sekali mahu menjatuhkan mana -mana pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat. Mereka hanya mahu pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak.

6. Akhirnya, kerajaan mendengar dan memberikan perhatian sewajarnya pada suara ibubapa dan guru-guru.

– 2.5 billion: 26 sekolah baharu

– 1.9 billion: Sekolah daif dan selenggara

– 100 juta: Keciciran murid

– RM100 juta: STEM

– 586 juta: Pra sekolah

Dan banyak lagi yang lain.

7. Wiranita berpendapat, ibubapa dan guru-guru mesti bersuara demi pendidikan anak-anak dan murid-murid mereka. Bukan suara untuk berpolitik. Tetapi untuk menyampaikan pada kerajaan apakah yang terbaik untuk sistem pendidikan negara.

8. Tiada siapa yang lebih tahu dan faham tentang pendidikan anak-anak selain ibubapa dan guru-guru. Sebab itu mendengar suara mereka adalah penting. Ini jugalah yang diamalkan di negara yang maju sistem pendidikan mereka.

9. Wiranita Putra berharap semoga ibubapa dan guru-guru terus bersuara;

-Demi kesejahteraan pendidikan anak-anak;

-Demi masa depan bangsa dan negara Malaysia.

Terima kasih ibu dan ayah.

Terima kasih cikgu.

SUARA PUTRA UNTUK RAKYAT

Laila Norinda binti Maon

Ketua Wiranita Putra Malaysia

27 November 2023.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.