Berita PUTRA

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗜𝗗

1. Putra dengan tegas menolak cadangan Kerajaan Madani untuk melaksanakan IDN / Digital ID. Kajian secara mendalam wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain. Ini kerana yang memiliki industri maklumat (IT) dalam negara dikuasai oleh bangsa asing. Maka sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh-gapah pelaksanaannya.

2. Pelaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan kegelisahan rakyat. Banyak persoalan, termasuk hal-hal keselamatan dan privasi peribadi masih belum terjawab dengan meyakinkan. Pasti pelaksanaan Digital IDN memang seperti durian runtuh kepada yang diberi pelaksanaan projek ini dan menyerah privasi peribadi setiap rakyat yang majoriti orang melayu. Pengalaman-pengalaman sebelum ini amat terkesan terutamanya kepada orang melayu. Jangankan untuk bangunkan sendiri aplikasi baru saperti ini, namun untuk baiki atau repair pun tidak berdaya. Negara seperti Canada yang jauh lebih maju dari Malaysia secara tegas menolak pelaksanaan IDN atas sebab keselamatan dan privasi rakyatnya.

3. Dewasa ini, masalah penipuan siber atau “Scam” masih tidak dapat dibendung. Kemungkinan besar pelaksanaan IDN, bakal mengundang satu lagi jenayah digital bentuk baharu dalam masyarakat kita.

4. IDN adalah merupakan satu “rantai ghaib” yang dipasang ke atas badan seseorang. Dengan kaedah Artificial Inteligent (AI) setiap pergerakan, citarasa, hatta pemikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah haiwan yang dirantai.

5. Rekod-rekod rasmi peribadi seperti Mykad sudah memadai.

6. Pelaksanaan IDN bukan sahaja menambah beban tugas kakitangan KDN, malah akan meningkat perbelanjaan kerajaan. Yang bakal mendapat laba dalam perojek pelaksanaan IDN adalah cukong-cukong atau kontraktor pembekal segala peralatan, bahan, software and hardware berkaitan.

Terima kasih.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Parti Putra

27hb Nov 2023.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.