Berita PUTRA

𝗣π—₯π—˜π—¦π—§π—”π—¦π—œ π—šπ—”π—•π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗕𝗑 – 𝗣𝗛 π— π—˜π—₯𝗒𝗦𝗒𝗧 π——π—œ π—žπ—˜π— π—”π— π—”π—‘

1. Sepertimana yang dijangka PN akan memenangi PRK di Kemaman semalam masih di atas sentimen masyarakat Melayu menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

2. ⁠Melihat kepada prestasi dan keputusan PRK semalam menunjukkan gabungan BN – BH merosot sebanyak 19,000 undi jika dibandingkan PRU 15 melalui pecahan undi antara BN dan PH dengan keputusan majoriti tertinggi sepanjang 9 pilihan raya sebelum ini.

3. ⁠Namun begitu, PN tidak boleh mendabik dada dengan kejayaan melalui kemenangan di Parlimen Kemaman kerana perjalanan masih berbaki tidak kurang 4 tahun bagi menghadapi PRU16 yang lebih mencabar untuk masih kekal sebagai pembangkang atau bertukar menjadi kerajaan.

4. ⁠Kerajaan di bawah pentadbiran gabungan BN – PH perlu sedar bahawa mereka sekarang sedang di tolak oleh masyarakat Melayu akibat daripada dasar-dasar negara yang tidak konsisten untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.

5. ⁠Dengan keadaan dunia yang bergolak hari ini, sepatutnya inisiatif-inisiatif yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada rakyat, kesusahan rakyat hari ini dengan kenaikan harga barang, kekurangan barangan asas, kenaikan cukai yang tidak realistik dan tidak efisyen.

6. ⁠Disamping isu-isu yang menjurus kepada *selective judgement* yang melibatkan kepimpinan dalam kerajaan yang rakyat melihat dan boleh menilai apa yang berlaku.

7. ⁠Secara keseluruhannya, masyarakat Melayu majoriti menolak dengan dasar-dasar kerajaan hari ini melalui keputusan PRK P40. Walaupun kemenangan ini tidak mengubah apa-apa corak dan keadaan di Parlimen dan ekonomi negara secara khususnya namun memberikan kemenangan moral kepada PN untuk menghadapi PRU16 nanti.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dr Mohamad Izwan Bin Zainal

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Biro Ekonomi.

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.