Berita PUTRA

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗞𝗨 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 & 𝗣𝗥𝗜𝗕𝗨𝗠𝗜: 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

1. UMAT ISLAM SELURUH DUNIA BANGKIT DAN MERINTIH SERTA MENGUTUK KEZALIMAN ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH. RINTIHAN TANGISAN DAN LAUNGAN MENGUTUK KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL KEDENGARAN DARI SELURUH PELUSUK DUNIA. APAPUN, IANYA IBARAT KATA NASI SUDAH MENJADI BUBUR. KELUAR AIR MATA DARAH SEKALIPUN SUKAR UNTUK DIUBAH KEPADA ASAL KECUALI DENGAN PERTOLONGAN DAN KEKUASAN ALLAH SWT SETELAH SEGALA USAHA TELAH DILAKUKAN. INILAH PERJUANGAN HAMAS. SEMOGA BERLAKU KEAJAIBAN SEPERTI DI PERANG BADAR.

2. DALAM KEADAAN KITA ORANG MELAYU ISLAM KOMITED BERSOLIDARITI DENGAN RAKYAT PALESTIN, AMATLAH PENTING DAN WAJIB KITA MENGHAYATI DENGAN PENUH KEINSAFAN SAMPAI KE TULANG PUTIH DEMI MEMASTIKAN APA YANG TERJADI DI BUMI PALESTIN TIDAK TERJADI DI NEGARA KITA SENDIRI MALAYSIA. JIKA BERLAKU DI MALAYSIA, ORANG MELAYU PRIBUMI AKAN HILANG BUMI DI MANA TEMPAT BERPIJAK DAN TEMPAT BERTEDUH. YA, MELAYU TIDAK HILANG DI DUNIA, TETAPI MELAYU BOLEH MENJADI PELARIAN KERANA KEHILANGAN TEMPAT ASALNYA SENDIRI. INILAH YANG TERJADI KEPADA RAKYAT PALESTIN. BUKAN SAHAJA HILANG TANAH DAN HARTA BENDA, MALAH DIHALAU KELUAR DARI BUMI PALESTINE, DAN KANAK-KANAK SERTA WANITA DAN RAKYAT BIASANYA SUDAH 75 TAHUN DISEKSA DENGAN KEJAM.

TERKINI, BOM DIGUGURKAN DI GAZA IBARAT AIR HUJAN YANG JATUH KE BUMI, DAN MENJADI PESTA KEPADA TENTERA ZIONIS ISRAEL YANG MENDAPAT SOKONGAN OLEH DAJJAL-DAJJAL AMERIKA DAN EROPAH. NEGARA-NEGARA ISLAM DAN OIC SERTA BERBAGAI WADAH HANYA MAMPU MENGELUARKAN KENYATAAN DAN MERAYU-MERAYU SEPERTI PENGEMIS.

3. Raja-raja Melayu zaman dahulu sebelum merdeka dan sebelum bersetuju menyerah kuasa kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen telah dengan tegas dan jelas mengeluarkan PENGISYTIHARAN 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU. Salah satunya adalah mengenai Tanah Rezab Melayu, “Kami tinggalkan 50% Tanah Rezab Melayu…”, dan selebihnya, orang Melayu mesti berusaha menambah tanah bagi milik orang melayu. Jika Tanah Rezab Melayu diambil atas sebab-sebab kepentingan awam, ianya MESTI diganti dengan jumlah keluasan DAN nilai yang sama. Ianya termaktub dalam Perlembagaan dan jika tidak di ganti, ianya merupakan satu KESALAHAN JENAYAH. Mengikut rekod, hakikatnya Tanah Rezab Melayu kini hanya tinggal 12% sahaja. PUTRA sudah berkali kali meluluskan usul mendesak Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI), namun kerajaan memekakkan telinga bagi menentukan status sebenar Tanah Rizab Melayu dan jumlah sebenar yang tidak diganti.

4. Hebatnya dan begitu prihatin serta berpandangan jauhnya Raja-raja Melayu pada masa itu sehinggakan Askar Melayu juga menjadi salah satu perkara di dalam wasiat Raja-raja Melayu tersebut. Namun sayang, Askar Melayu semakin mengencil, dan nama Askar Melayu juga semakin terhakis.

5. Pada 1948, berlakulah Deklarasi Balfour yang mengisytiharkan tertubuhnya negara haram Israel yang mendapat sokongan daripada Britain, Perancis, dan Amerika. Malangnya, Deklarasi itu bukan sahaja tidak mendapat apa-apa persetujuan dari rakyat Palestine, malah mereka langsung tidak merujuk atau berunding dengan rakyat Palestine pada masa itu. Ianya seolah-olah negara Palestin ketika itu tidak ada sesiapa yang punya, dan mereka bebas untuk memperlakukan apa sahaja dengan sesuka hati mereka. Inilah dia akar umbi cara pemikiran penjajah Barat. Rakyat Palestine kehilangan tanah mereka sedikit demi sedikit kepada Zionist Israel. Sehingga hari ini, sudah hampir 75 tahun rakyat Palestin menderita, dan saban hari terus dibunuh oleh tentera-tentera Zionist Israel yang kejam, rakus, dan tidak berperikemanusiaan. Zionist Israel bertindak dengan secara terus menerus untuk memperluaskan kawasan negara Israel, dan juga menjadikan Baitulmuqqadis sebagai sebahagian daripada ibu negara kepada negara haram mereka, Israel. Kedutaan Amerika di Tel Aviv juga berpindah ke Baitulmuqqadis.

6. Sejarah peristiwa rakyat Palestin kehilangan negaranya dan menjadi mangsa kepada Zionist Israel tidak banyak diketahui oleh anak-anak muda Malaysia. Kita perlu tahu dan fahami sejarah dan pokok pangkal bagaimanakah rakyat Palestin boleh sampai kehilangan negaranya kepada Zionist Israel, dan bukan sekadar mengutuk kekejaman dan kezaliman Zionist Israel seperti yang sedang berlaku di Gaza sekarang.

7. Tidak keterlaluan juga sekiranya PUTRA mencadangkan supaya diwujudkan sebuah mata pelajaran mengenai Masjid Al Aqsa Baitulmuqqadis dan Palestin secara khusus di seluruh Sekolah Menengah Kebangsaan negara kita Malaysia. Ianya agar kisah sejarah dan perjuangan rakyat Palestin terus terpahat di naluri kita, dan tidak mudah dilupakan pada masa hadapan. KPM berserta Finas dan Filem Negara juga wajar menerbitkan filem-filem dokumentari mengenai sejarah Palestin dirampas Zionist Israel dengan cara yang mudah untuk difahami. PUTRA juga merancang untuk mengadakan usrah atau diskusi secara kecil-kecilan untuk semua ahli-ahli PUTRA untuk mengingatkan lagi kepada semua ahli PUTRA tentang betapa pentingnya untuk menyediakan payung sebelum hujan.

8. Laungan dan bertakbir mengutuk Zionist Israel tidak memadai sekiranya apa yg berlaku di bumi Palestin tidak dihayati, dan kita tidak memastikan peristiwa yang sama tidak berlaku kepada orang melayu Pribumi Malaysia. Temasek sudah hilang menjadi Singapura, dan di bandar-bandar dan kawasan perniagaan semua sudah menjadi milik orang lain. Jika terjadi perkara yang sama seperti di bumi Palestin, airmata berdarah sekali pun sudah tidak berguna lagi.

9. Satu lagi perkara yang kita sama-sama lihat ialah sudah ada beberapa perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan oleh pelbagai pihak untuk mengutuk kekejaman Zionist Israel. Syabas diucapkan kepada semua penganjur dan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semuanya dengan lantang telah bersuara SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN.

Tetapi nampak jelas penganjur-penganjur pula tidak bersolidariti di antara satu sama lain. Masing-masing mahu menonjolkan NGO atau kumpulan masing-masing. Tidak ada kerjasama dengan lain-lain pihak yang tidak sehaluan. Jika ada tokoh-tokoh yang memberi sokongan yang bukan dari kumpulan mereka, nama-nama tokoh tersebut pun langsung tidak disebut. Perkara ini berlaku kepada dua orang tokoh terkenal yang bukan sahaja telah hadir ke perhimpunan, malah tokoh-tokoh tersebut sanggup naik ke atas ‘pentas’ atau platform penganjur walaupun bukan dari kumpulan mereka sendiri demi untuk menguatkan lagi sokongan dan menunjukkan lagi solidariti. Namun nama-nama mereka langsung tidak disebut. Ini bukanlah adab dan budaya kita. Dari situ kita sudah boleh nampak keikhlasan masing-masing. Ianya amat berbeza sekali dengan sejarah perjuangan pelajar dan belia pada era tahun 70an dulu.

10. Keikhlasan dihati masing-masing terutama dari pihak penganjur haruslah sama dengan bibir mulut yang berkata-kata. Allah tidak akan merahmati segala usaha kita jika kita bersifat riak, tidak jujur, dan tidak ikhlas dengan niat matlamat, tetapi lebih kepada hanya untuk meraih publisiti dan mencari ‘political mileage’.

Sama-samalah kita mengingatkan diri kita semoga ikhlas, jujur, dan tidak riak agar Allah akan merahmati apa sahaja usaha yg kita lakukan, InsyaAllah.

Takbir x 3.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

24hb Oktober 2023