๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐ฅ ๐ง๐๐ข ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐ข๐ก๐: ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ ๐๐ง๐ ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐ก๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐
1. Parti Putra tegas dan teguh bersama Prof Datuk Dr Teo Kok Seong dalam menyatakan kebenaran sejarah. Putra menegaskan sokongan kami tidak berbelah bahagi terhadap Prof Datuk Dr Teo kerana beliau berhak menyuarakan pandangan berdasarkan kajian akademik yang mendalam dan fakta yang sahih. Inilah seorang tokoh akademik bukan bumiputera yang berintegriti, berani dan berpijak di bumi nyata serta menerima kebenaran sejarah. Kenyataan beliau tidak ada kena mengena dengan rasis apabila beliau mengatakan sekolah vernakular punca perpecahan kaum dan tidak membantu ke arah integrasi nasional. Inilah yang dikatakan ‘berkata benar walaupun pahit’. Prof Datuk Dr Teo Kok Seong telah menunjukkan tauladan berdiri teguh bersama Prinsip Asas Perlembagaan Negara Fasal 151,152 dan 153 serta yang berkaitan termasuk Prinsip Rukun Negara. Tengoklah Negara Indonesia, Thailand dan Singapura sebagai contoh menegakkan Satu Bahasa Satu Negara demi Perpaduan Nasional.
2. Parti Putra menolak sebarang usaha untuk menutup mulut mereka yang berani berbicara demi memperkukuhkan kesatuan nasional melalui perbincangan terbuka dan pendidikan. Tindakan menggambarkan kenyataan yang berlandaskan kebenaran ilmiah sebagai hasutan adalah serangan langsung terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan kita.
3. Parti Putra mendesak semua pihak, khususnya pemimpin politik, agar berani dan tegas dalam mempertahankan nilai-nilai asas negara Malaysia dan tidak menjadi anti-nasional seperti beberapa kerat politikus yang tidak sedar mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Putra tidak akan gentar menghadapi tekanan atau ancaman yang bertujuan untuk menghalang Putra dari menyatakan kebenaran.
4. Parti Putra berdiri bersama-sama dengan Prof Teo, Prof Ridhuan Tee, dan Firdaus Wong Wai Hung dalam mempertahankan prinsip yang Putra percayai. Putra akan terus berjuang untuk Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni, di mana setiap suara dihargai dan setiap pandangan dihormati.
PUTRA PERKASA NEGARA
Oleh: Shahrulufti Sharif
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia
9hb Mac 2024.