๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐๐จ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ค๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ก๐๐ญ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐
1. Bencana Kemanusian yang sedang berlaku di Palestine hari ini menzahirkan manifestasi “tembelang” sikap kerajaan Madani yang sebenar. Banyak perkara yang berkaitan dengan fahaman, kecenderungan dan tindakan yang selama ini samar dan terlindung menjadi kenyataan.
2. Permainan bibir manis, lidah bercabang dan buka mulut bohong tidak lagi boleh berselindung. Segala naratif, falasi dan manipulasi terburai bukti realiti. Tembelang sebenar terpancar disetiap gadget rakyat menjadi juadah aqal membaca dan menilai. Penglibatan sebagai dalam Pertubuhan Liberal Antarabangsa secara terangan menyokong Israel. Walaupun penafian dibuat tetapi kenyataan dokumen hitam puteh terbukti.
3. Isu KPM berkaitan Minggu Solidariti Palestine yang menghalang laungan Takbir “ALLAHUAKBAR” dan membaca Qunut Nazilah adalah antara ucapan doa untuk memohon pertolongan Allah saudara Islam Palestine berdepan dengan genosid oleh Israel. Betapa zalimnya Menteri Pendidikan terhadap Islam menafikan Allah Maha Besar seolah kedudukannya lebih besar daripada Allah swt. Sedarlah diri sebagai makhluk ciptaan Allah, ada sedikit “kuasa pinjaman” menghalang orang Islam menyeru Kebesaran Allah dan Qunut Nazilah di atas bumi Allah sendiri. Bukankah itu zalim namanya?
4. Apa maknanya Islam sebagai Ugama Persekutuan, apabila kepentingan amalan agama dihalang kerana tunduk kepada minoriti Bukan Islam? Kewujudan Islam di Tanah Melayu sudah lama sebelum British membawa masuk pendatang asing ke Tanah Melayu. Oleh kerana kepentingan politik sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.
5. Lagipun Minggu Solidariti Palestine bukan memaksa Bukan Islam untuk terlibat hanya untuk umat Islam sahaja. Tak tahulah Jika KPM memberi arahan sekolah Cina atau Tamil pun turut terlibat. Tindakan Menteri Pendidikan adalah bertentangan dengan, syarak, undang2 dan moral umat Islam. Jika pun Menteri Pendidikan berfahaman liberal dan sekular janganlah mengguna kuasa melarang umat Islam yang lain. Tindakan itu juga melanggar hak kebebasan bersuara dan beragama di negara ini.
6. Laungan Allahuakbar dan membaca Qunut Nazilah bukan bentuk provokasi. Hanya patuh syariat yang diajar dalam Islam apabila umat Islam dalam musibah. Umat Islam yang beriman berdepan dengan musibah hanya kepada Allah swt memohon pertolongan. Tiada unsur kebencian atau mengancam orang bukan Islam. Sebenarnya tiada isu pun tetapi kerana tunduk kepada minoriti yang menguasai parlimen. Seharusnya kaum minoriti faham dan menghormati amalan umat Islam yang majoriti di negara ini. Keberadaan Bangsa Melayu dan Islam di Tanah Melayu sudah lama sebelum kehadiran beramai-ramai pendatang asing di bawa masuk oleh British. Jangan abaikab sejarah.
7. Kecelaruan yang timbul pelbagai isu kerana “mesra politik” berfahaman liberal, sekular serta bersifat apologetik walaupun bertentangan dengan syarak dan moral. Seolah kerajaan Madani adalah proksi penjajahan bentuk baru, golongan minoriti menguasai majoriti.
8. Kerajaan yang ada sekarang ini, dulu sebelum mendapat kuasa begitu lantang mengkritik dan agresif untuk menjatuhkan kerajaan terdahulu. Setelah berjaya menjadi kerajaan setakat ini gagal membuktikan bahawa kerajaan Madani lebih baik berbanding dengan kerajaan sebelumnya. Malahan lebih teruk, janji dibohongi dan sumpah dikhianati.
Di mana kesungguhan Kerajaan Madani yang boleh meyakini rakyat bahawa kerajaan ini lebih baik daripada sebelumnya.
9. Islam Agama Persekutuan dan Agung dan Raja2 Melayu adalah Ketua Agama Islam,Malaysia majoriti adalah Negara Orang Melayu Islam dan bumi asal usul bumi melayu Islam,tapi di halang murid2 Islam bertakbir Allahuakbar dan membaca doa qunut nazillah.Pelik bin Ajaib.Memalukan.Di Sekolah kebangsaan tidak bolih menyebut nama Allah. Tak bolih baca doa qunut nazilah.Malaysia ini Wilayah Amerika ke? Tolong jawab Menteri Pendidikan…
TAKBIR ALLAHUAKBAR
Haji Mohd Nasir Othman
Ahli Dewan Tertinggi merangkap Pengerusi Biro Pendidikan PUTRA
8hb Nov 2023.