Berita PUTRA

𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟

1. Kebanjiran pendatang asing sudah tidak terkawal lagi. Dianggarkan lebih 4 juta pendatang asing di negara ini. Kemasukan ada secara sah tetapi lebih ramai yang tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini. Dikatakan yang tidak sah tinggal di negara empat kali ganda. Mereka yang masuk secara sah tetapi tidak keluar walau tamat tempoh.

2. Pendatang asing didalangi oleh rakyat sendiri yang menjadi pengkhianat demi “ringgit” tidak menghiraukan kepentingan rakyat dan negara. Pengkhianat negara yang tidak bertanggungjawab termasuklah, agensi penguatkuasaan sendiri, agen perkhidmatan pekerja asing, majikan, penyewa kediaman, kedai, “Alibaba” lesen perniagaan, berselindung di sebalik NGO dan individu tertentu.

3. Pengkhianat inilah yang menjadikan pendatang asing “bermaharajalela” menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan pekerjaan sehingga menjejaskan hak rakyat tempatan. Mereka membina kekayaan dan sebahagian besar pertukaran asing wang mengalir keluar ke negara asal mereka. Aktiviti perniagaan haram yang mereka lakukan sudah pasti akan terlepas daripada cukai dan negara hilang sumber pendapatan melalui cukai.

4. Pendatang asing ini juga menikmati subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh golongan rakyat B40 telah “dicuri” oleh mereka. Kerajaan berbelanja berbilion ringgit untuk subsidi tetapi dinikmati oleh pendatang asing. Cukai rakyat negara ini dibelanja untuk belanja rakyat asing.

5. Mutakhir ini banyak laporan media, pendedahan, viral kes-kes yang melibatkan pendatang asing dengan pelbagai kegiatan mereka yang tidak menyenangkan dan mengancam rakyat. Mereka membina koloni dan menguasai kawasan tertentu terlibat dengan perniagaan secara haram tanpa lesen begitu bebas sekali. Mereka dah “besar kepala” dan menguasai perniagaan sehingga menjejaskan peniaga tempatan.

6. Isu pendatang asing memang dalam pengetahuan kerajaan terutamanya KDN, dan KSM termasuk Kerajaan Tempatan. Adakah kerajaan Malaysia “terpaling mesra” pendatang asing. Ada aktivis masyarakat yang begitu lantang berkaitan isu pendatang asing ini mendapat tentangan hebat daripada mereka dengan lantang dan ugutan supaya jangan ganggu kerana mereka telah “deal” dengan penguasa tertentu.

7. Setakat ini belum ada ketegasan yang benar-benar memberi impak menangani isu pendatang asing. Operasi besar-besaran baru ini di Jalan Silang Kuala Lumpur memberi harapan baru menangani isu pendatang asing. Jangan pula operasi berkaitan pendatang asing hanya “dummy” untuk menutup mata dan mulut rakyat. Mereka yang tidak mempunyai dokumen sah tinggal di negara “wajib” dihantar balik ke negara mereka.

8. Pendatang asing yang tertipu dengan agen yang tidak mempunyai pekerjaan juga harus dihantar balik. Tindakan tegas perlu diambil kepada agen dan majikan yang menjadi dalang kemasukan pendatang asing.

9. Sampai bila kerajaan dan rakyat negara ini membiarkan pendatang asing menjarah ekonomi rakyat tempatan, menikmati subsidi kerajaan, mengalir keluar wang negara, terlepas cukai sumber pendapatan negara.

10. Mereka juga mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat Malaysia. Terlibat dengan jenayah dan aktiviti haram. Baru-baru ini penguatkuasa dalam operasi menyerbu 5 buah premis pusat hiburan Haram yang dijalankan pendatang asing.

11. Polis telah membenteras “geng pecah rumah” yang terdiri dari warga Rohingya. Polis berjaya menghabiskan 3 orang dalam kejadian kes tembak menembak menggunakan senjata api.

12. Etnik Rohingya sudah berani demontrasi menuntut macam-macam, tanah, kerakyatan dan lain-lain sama seperti rakyat tempatan. Kerajaan Myanmar dikatakan telah pun menerima etnik Rohingya dan kerajaan wajib hantar balik ke negara asal mereka. Atas nama “kemanusian” janganlah sampai rakyat dan negara terancam.

13. Kebanjiran mereka sebagai “orang hanyut” bukan lagi pelarian peperangan tetapi eksploitasi pemerdagangan manusia untuk mencari “kesenangan hidup”. Kebanjiran mereka di Indonesia hanya bilangan ribuan orang rakyat sudah “tak senang”, bayangkan di Malaysia sudah ratusan ribu mereka membanjiri negara dengan pelbagai isu dan masalah.

Oleh:

CIKGU MOHD NASIR OTHMAN

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA

Pengerusi Biro Pendidikan, Pelajaran dan Bahasa Kebangsaan PUTRA Malaysia

28 Disember 2023

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.