Berita PUTRA

𝗞𝗢𝗡𝗚𝗥𝗘𝗦 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗕𝗨𝗠𝗜𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 – 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡!

1. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan diadakan mulai besok, 29 Februai 2024 hingga 2 Mac 2024 di PICC, Putrajaya.

2. KEB sebelum ini telah diadakan sebanyak 6 kali, yang pertama pada 1 Jun 1965 dan yang terkini sebelum ini pada 1 Oktober 2020.

3. Pada 10 Disember 2023, PUTRA telah mengingatkan ke arah mana KEB? Ketika ini rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kerana situasi ekonomi dunia yang tidak berapa baik.

4. Simposium KEB yang diadakan pada 24 Februari 2024 adalah untuk membuat persiapan secukupnya. Bagaimanapun, membuka penyertaan kepada kaum-kaum lain seperti Cina dan India agak dikesali sesetengah pihak yang merasakan KEB kini menjurus kepada konsep Malaysian Malaysia.

5. KEB ini sepatutnya dikelola oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan sokongan kerajaan dan Pengerusi Kongres adalah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia seperti Kongres sebelum ini. Pasti semua pihak akan hadir. Tapi kali ini Kongres dikendalikan oleh UMNO yang sudah hilang kepercayaan orang melayu dan dijemput sama lain-lain kaum. Nampaknya lebih kepada mainan politik.

6. Ekonomi Bumiputera masih belum mencapai sasaran 30% sepertimana yang ditetapkan. Selain masalah kemahiran, kek ekonomi dan hak milik Bumiputera telah banyak terlepas tangan hingga boleh menjejaskan status kekuatan dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera lainnya.

7. Antaranya, Tanah Rezab Melayu yang menyusut kepada 12% sudah wajar diwartakan kawasannya dan mendapat ganti kawasan yang telah diambil atau bertukar tangan.

8. Begitu juga permasalahan ketelusan dan integriti di UiTM baru-baru ini adalah wajar dibawa keperhatian Ombudsman. UiTM perlu mengambil contoh USM yang telah menubuhkan Ombudsman.

9. Isu pilih kasih dan peluang kenaikan pangkat anak-anak Melayu di syarikat bukan Bumiputera juga sering kedengaran. Perkara ini juga boleh menjejas keharmonian dan sasaran penyertaan Bumiputera di sektor swasta.

10. Isu kemahiran, ketirisan, ketelusan, integriti, status, martabat, dan kemantapan adalah cabaran yang menanti dalam usaha meningkatkan pencapaian ekonomi Bumiputera. Pencapaian yang baik akan menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan negara. Usaha untuk mencapainya masih jauh umpama suatu penantian!

PUTRA PERKASA NEGARA

BERSIH DAN BERMORAL

Oleh: Dato’ Asmawar bin Samat

Naib Presiden

Merangkap Pengerusi

Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam

28 Februari 2024

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.