Berita PUTRA

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜

1. Parti Putra, sebuah parti politik yang berjuang untuk memperkasa Bumiputera dan melindungi hak-hak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. PUTRA ingin menyatakan sokongan kami kepada kenyataan Chegu Bard, yang merupakan aktivis dan ahli politik yang terkenal dengan ketegasan dan keberanian beliau dalam menentang rasuah dan penyelewengan kuasa.

2. Rakyat amat terkejut dan marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Chegu Bard mengenai skandal rasuah yang melibatkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang bernilai RM16.6 bilion. Kami menuntut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap semua yang terlibat dalam skandal ini, termasuk Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad; Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, DS Anwar Ibrahim; dan proksi-proksi mereka yang menerima komisyen secara haram.

3. Kami juga menuntut supaya Kerajaan Pakatan Harapan bertanggungjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka telah menipu dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk meluluskan projek RTB secara runding terus tanpa tender terbuka, sedangkan mereka sebelum ini telah menuduh bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, meluluskan projek yang sama dengan kos yang lebih rendah. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak berintegriti dan tidak amanah dalam menguruskan dana awam.

4. PUTRA juga menuntut supaya Kerajaan Pakatan Harapan memberhentikan semua projek RTB yang masih berjalan dan mengkaji semula semua perjanjian yang telah ditandatangani dengan syarikat-syarikat yang terlibat. Kami juga menuntut supaya Kerajaan Pakatan Harapan mengembalikan semua wang yang telah disalahgunakan dan diswastakan kepada rakyat.

5. Kami menggesa rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera, untuk bangkit dan menentang rasuah dan sesiapa yang gagal memenuhi janji-janji mereka serta telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

PUTRA PERKASA NEGARA

SHAHRULUFTI SHARIF

Ketua Penerangan Parti PUTRA

May be an image of 1 person and text that says 'BUMIPUTERA BUMIPUTER PERKASA PARTI MALAYSIA A PUTRA PUTRA PERKASA PUTRA MALAYSIA'

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.