Berita PUTRA

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗜𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔)

PERKASA ingin menggesa YAB Perdana Menteri mengambil peduli isu-isu yang memalukan berlaku dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjadi tular di media sosial sejak isu pemecatan Ketua Pengarah Penggalak Pelancongan Malaysia baru-baru ini.

Malah, masalah Kementerian tersebut juga telah tercalar akibat campur tangan Menteri berkenaan dengan tugasan Pegawai Imigresen Malaysia di KLIA menghalang kemasukan seorang wanita warganegara China tidak lama dulu.

Di mana tatakelola yang sentiasa diwar-warkan dan ditekankan oleh Perdana Menteri setiap kali berucap di majlis-masjlis rasmi Kerajaan dan dalam program-program parti politik?

Sudah sampai masanya Menteri Kementerian itu yang beberapa kali telah cetuskan kemarahan rakyat atas tindakan-tindakannya selalu dipertikaikan banyak pihak, dipecat atau ditukarkan ke kementerian lain.

Perkasa mahu mana-mana pihak yang terjejas dan tidak puas hati dengan Menteri terbabit perlu berani ke depan untuk ambil tindakan undang-undang atau lapurkan secara rasmi kepada pihak yang berkenan terhadap Menteri tersebut.

Perkasa telah menerima khabar dari orang terdekat dengan Dato’ Dr. Ammar, mantan Ketua Pengarah Agensi Kementerian tersebut bahawa Dato’ Dr. Ammar telah mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya bagi mendapat haknya kembali.

Perkasa akan memberi sokongan dan bantuan apa sahaja kepada Dato’ Dr. Ammar sehingga beliau mendapat keadilan sepenuhnya.

Perkasa juga mohon Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan perlu membela Pegawai-Pegawai Kementerian atau Agensi Kementerian yang bermasalah dengan Menteri, untuk mendapat keadilan demi pegawai itu mendapat hak mereka.

Negara ini ada undang-undang dan peraturan-peraturannya dan siapa sahaja waimah Menteri sekali pun perlu akur. Jangan jadikan Kementerian seperti syarikat keluarga.

Sekian

Syed Hassan Syed Ali

Presiden Perkasa

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.