๐๐๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐ ๐ซ
1. Penyusunan semula kabinet bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat melainkan hanya mengekalkan PMX sebagai Perdana Menteri.
2. Analogi mudah, Abu membakar ikan tanpa meletakkan sebarang serbuk perasa. Lalu Ali menegur Abu, kenapa masak dengan cara sebegitu?.
3. Kritikan demi kritikan dilemparkan oleh Ali kepada Abu atas tindakannya. Dengan mencanang satu dunia, โaku jadi tukang masak nanti, aku tak akan masak macam mana Abu masak!โ
4. Apabila Ali berpeluang membakar ikan, Ali juga melakukan perkara yang sama, bakar ikan tanpa sebarang serbuk perasa. Katanya nak jimat.
5. Persoalannya di sini, siapa lagi teruk, Ali atau Abu?
6. Inilah analogi yang boleh dipraktikkan dalam kabinet kerajaan hari ni jika dibandingkan dengan kabinet kerajaan ketika dua dan tiga penggal yang lalu.
7. Struktur kabinet yang dibesarkan setelah setahun pemerintahan PMX membuktikan yang kerajaan hari ni masih meneruskan pembaziran dengan menanggung struktur kabinet yang besar. Dengan menafikan perjuangan mereka sebelum ini.
8. Yang paling mengejutkan pengekalan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang terbukti gagal sepanjang tempoh setahun pelantikan dalam mengatasi ketiadaan beras tempatan dan bekalan telur mentah.
9. Sepatutnya PMX perlu memperhalusi semula pelantikan Mohamad Sabu sebagai menteri dan perlu digantikan dengan mereka yang lebih releven. Jika tidak, ekonomi dan sara hidup rakyat akan tertekan sekiranya tiada sebarang tindakan proaktif daripada kerajaan.
PUTRA PERKASA NEGARA
DR. MOHAMAD IZWAN BIN ZAINAL
Ahli Dewan Tertinggi Putra merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Putra Malaysia