๐๐ฆ๐จ ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ง – ๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก
1. Kejadian jualan stokin dengan berkalimah Allah yang dijumpai di KK Mart telah mengundang kepada tindakan boikot. Bimbang akan berlakunya kerugian, Dewan Perhimpunan Cina Malaysia bertindak sebagai proksi telah meminta agar tindakan boikot tidak diteruskan.
2. Umat Islam umumnya menyatakan pendirian tegas untuk meneruskan boikot sehingga ada tindakan terhadap pemilik KK Mart dan Syarikat Pembekal yang disifat menghina Allah SWT.
3. Permohonan ‘maaf’ tidak dapat diterima kerana kes yang menghina Allah SWT adalah suatu perkara yang amat serius. Allah SWT adalah yang maha Esa dan tidak sewajarnya dipermainkan secara biadap dan kurang ajar.
4. Parti PUTRA berpandangan Dewan Perhimpunan Cina Malaysia dan tiga orang Menteri dari parti DAP (Anthony Loke, Nga Kor Ming dan Tiong King Sing) tidak sewajarnya membela KK Mart dan membuat tohmahan pula kononnya menggugat keharmonian masyarakat berbilangn kaum. Tidakkah perbuatan KK Mart menjual stoking tertulis Allah untuk dipakai di tapak kaki itu yang sebenarnya menggugat dan mencetuskan kemarahan umat Melayu yang majoritinya beragama Islam?
5. Sepatutnyanya Dewan Perniagaan Cina dan 3 Menteri Cina memberi tumpuan dengan menasihati kaum mereka hormati Agama Islam dan Orang Melayu.
6. Pepatah Melayu ada menyatakan kalau sesat jalan, elok balik ke pangkal jalan. Terlajak perahu boleh dimudekkan, tetapi terlajak kata atau perbuatan boleh buruk padahnya! Belajarlah hidup di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
PUTRA BERSIH & BERMORAL
PUTRA PERKASA NEGARA
Dato’ Asmawar Samat
Naib Presiden PUTRA
21 Mac 22024