Berita PUTRA

๐—›๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—š & ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐— ๐—จ๐—ก๐—”๐—™๐—œ๐—ž

Bismillahi Allahu Akbar, wassolatu wassalamu’ala Rasulihil Kareem, wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain. Amma ba’du.

KENYATAAN BIADAB MAT SABU

1- Beberapa hari lalu laman web Malaysiakini memaparkan kenyataan daripada YB Mat Sabtu berkenaan saranannya untuk rakyat menolak kalangan pelampau.

2- Pernyataan daripada beliau itu amat pelik dan bersikap munafik kerana bukankah dia juga dahulunya yang bersikap demikian? Melalui pelbagai siri tindaklakunya yang bukan sahaja melampau malah menggugat keamanan rakyat dengan pelbagai cemuhan dan kata-kata kesat yang penuh dengan caci maki yang dilemparkan kepada pelbagai pihak yang dianggap musuh politiknya. Pelbagai kalangan rakyat Malaysia selama bertahun-tahun lamanya menyaksikan sendiri segala tingkahlaku onarnya itu yang tidak memelihara adab dalam berbahasa dan berpolitik.

3- Malah dakwaan pelampau yang dilemparkannya baru-baru ini juga amat tidak tepat dan sama sekali salah, memperlihatkan betapa dangkal dan jahilnya dia dalam memahami situasi serta real-politik yang berada di sekitarnya.

4- Apakah wajar kalangan rakyat yang tulus ikhlas memperjuangkan maruah agama Islam dan maruah bangsa Melayu serta kedaulatan tanah Melayu yang menjadi pasak negara ini dituduh sebagai pelampau? Nauzubillahi min zalik.

5- Penolakan majoriti umat Melayu Islam terhadap PH adalah kerana sikap mereka sendiri selama bertahun-tahun ini yang memaparkan dengan jelas tingkahlaku dan pendirian mereka yang amat memudharatkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air (ABATA) ini. Ini adalah suatu hakikat yang berlaku bertahun-tahun lamanya dan sikap-sikap onar itu masih kelihatan “wajahnya” kini melalui pelbagai episod biadab pengikut-pengikut mereka dan kelancangan kata-kata beberapa pimpinan mereka sendiri.

6- Kedurjanaan DAP terhadap kedaulatan dan maruah Islam, umat Melayu, Raja-Raja Melayu serta kebiadapan mereka terhadap segala nuansa serta agenda berdaulat kedaulatan umat Melayu juga telah menjadi suatu fakta yang masih terus berlaku hingga kini. Ia jelas nyata berlaku. Contoh yang jelas adalah pendirian onar Setiausaha Agung Dap sendiri baru-baru ini menyanggah keras saranan beberapa pihak agar DAP memansuhkan sama sekali dasar parti mereka iaitu Malaysian Malaysia dan fahaman sekularisme yang menjadi teras perlembagaan parti DAP yang mereka konsisten perjuangkan. Dimana kedua-dua konsep Malaysian – Malaysia dan dasar Sekular yang menjadi teras perjuangan mereka itu adalah sebuah perlanggaran yang jelas nyata terhadap semangat perlembagaan negara ini dimana ia berpaksikan kepada 3 pasak negara sebagaimana yang telah dimashyurkan oleh baginda Raja-Raja Melayu kita iaitu Islam, Melayu & Raja. DAP melalui setiausaha agungnya dengan terang nyata enggan memansuhkan kedua-dua pegangan mereka yang mendasari perlembagaan parti mereka itu. Inilah suatu bukti nyata kemudharatan mereka terhadap 3 pasak negara ini.

7- Perkara sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan ianya dilarang serta ditegah di sisi agama Islam. Di dalam Syariat Islam telah jelas ditegah sama sekali seorang Muslim berpegang kepada fahaman Sekularisme seperti yang begitu mendalam pernah dihuraikan oleh tokoh ilmuan Islam tersohor negara kita ini berkenaan bahaya dan mudharatnya fahaman Sekularisme, iaitu Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sesungguhnya faham Sekularisme itu adalah sesuatu yang amat dilarang dan ditegah oleh Islam kerana ia memisahkan segala urusan kehidupan di dunia dengan keterkaitan alam akhirat nanti yang merupakan satu kebenaran yang nyata dalam Islam malah menjadi salah satu daripada enam (6) RUKUN IMAN. Malah fahaman Sekularisme itu juga pada hakikatnya membawa pelbagai kemudharatan terhadap kesucian dan keluhuran Syariat Islam.

8- Konsep Malaysia-Malaysia yang DAP perjuangkan sejak lama dahulu itu pula adalah suatu fenomena kebiadapan segelintir kaum bukan Islam yang semakin biadab melanggar batasan adab serta mereka mencabar kedaulatan bangsa Melayu di negara ini yang telah ditakdirkan Allah swt sebagai Bumiputera atau tuan tanah kepada tanah Melayu bumi berdaulat ini.

9- Melalui agenda Malaysian-Malaysia itu DAP mahu menyamaratakan semua kaum di negara ini sedangkan hakikatnya fahaman sama rata itu sama sekali tidak membawa keadilan kepada hak dan kaum Bumiputera tanah berdaulat ini yang telah ratusan tahun ditindas dan dinafikan haknya oleh kuasa-kuasa penjajah yang telah merobek kedaulatan Tanah Melayu ini untuk sekian lamanya. Ini adalah fakta sejarah yang tiada sesiapa boleh menafikannya.

11- Justeru itu, tingkah laku kalangan politikus sumbang sedemikian hendaklah ditolak oleh rakyat kerana sikap-sikap onar sedemikian rupa mencabar pasak-pasak negara ini yang telah dipertahankan dan dibina dengan pengorbanan air mata dan darah oleh para leluhur pejuang-pejuang kita yang terdahulu.

12- Di atas semua kepincangan dan kemudharatan yang nyata seperti yang dinukilkan diatas itu, apakah YB Mat Sabu masih jahil akan hakikat yang selama ini telah berlaku di negara ini? Kemunafikan apakah ini yang sedemikian bobrok dan keji? Wal iyazubillah.

HasbunAllahi Wani’mal Wakeel.

“Pertahankan dan Perjuangkan Kedaulatan Syiar Islam, maruah umat Melayu serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di negara bertuah ini, tanah Melayu bumi berdaulat.”

Oleh :

Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin

– Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PUTRA Malaysia

– Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA Malaysia.

– Timbalan Ketua Penyelaras PUTRA Negeri Selangor

– Ketua Bahagian PUTRA Ampang

– Mantan YB Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang

9 September 2023