Berita PUTRA

๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Kerajaan Madani PMX telah mengumumkan niatnya untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari tahun 2024. Kongres ini akan diserahkan kepada UMNO, dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusinya.

Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan pada tahun 1965, dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai penganjur utama. Pengerusi kongres pada masa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga merupakan Presiden DPMM. Kongres tersebut telah melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam agenda ekonomi bumiputera.

Oleh itu, PUTRA berpendapat bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan diadakan tahun 2024 sepatutnya diserahkan kepada DPMM sebagai penganjur, dengan sokongan penuh daripada kerajaan termasuk kewangan dan UiTM boleh menjadi urusetianya. Ini mungkin dapat menarik penyertaan daripada semua pihak yang berbeza fahaman politik, NGO-NGO dan juga menjadi langkah permulaan ke arah rekonsiliasi nasional Bangsa Melayu. Jika UMNO sebagai penganjur adakah kerajaan boleh membiayai kongres ini. Apakah ianya halal di sisi undang-undang? Mungkin ada pihak swasta boleh menjadi sponsor tetapi secara moral ianya tidak sihat.

Jika penganjur dan pengerusinya bersifat kontroversi, tentu integriti kongres kurang nilai dan tidak semua pihak akan melibatkan diri. Integriti adalah penting untuk menjalankan kongres yang berjaya dan bermakna. Isu integriti dan rasuah adalah antara cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai matlamat pembangunan lestari.

Orang Melayu makin tersempit di bumi sendiri. Orang Melayu akan hilang bumi asal usulnya dan buminya menjadi milik orang, jika ekonomi Melayu terus kecundang. Kongres Ekonomi Melayu yang di cadangkan ini boleh menjadi talian hayat akhir orang melayu sebelum mengemis di bumi sendiri atau menjadi pelarian seperti orang Palestin.

Beberapa faktor yang boleh mempengaruhi integriti Kongres Ekonomi Melayu antara lain:

โ€ข Kepimpinan. Penganjur dan pengerusi kongres perlu menunjukkan contoh teladan dalam menjaga prinsip moral, etika dan undang-undang.Mesti bersemangat patriotisme dan ada jati diri, dan bukan kepentingan diri.

โ€ข Ketelusan. Penganjur dan pengerusi kongres tidak akan dipertikaikan dan tinggi nilai integritinya.

โ€ข Akauntabiliti. Penganjur dan pengerusi kongres perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja keputusan dan resolusi agar di laksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

PUTRA menyokong Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal berlangsung pada Januari 2024 dengan niat semoga Bangsa Melayu sebagai kaum asal Malaysia terjamin dan anak cucu selamat kerana inilah matlamat Perjuangan PUTRA ditubuhkan. Kongres ini adalah satu platform yang penting dalam memperkukuhkan ekonomi bumiputera dan membantu masyarakat bumiputera mencapai kejayaan dalam pelbagai sektor ekonomi, tidak lagi menang sorak, kampung tergadai.

Kongres ini akan memberikan peluang yang berharga untuk menyelaraskan usaha dan sumber daya dari pelbagai sektor, termasuk pemimpin komuniti, ahli perniagaan, dan wakil kerajaan, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera dalam konteks masa kini yang penuh cabaran, Kerjasama dan inovasi adalah kunci kejayaan, dan Kongres Ekonomi Bumiputera adalah tempat yang ideal untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan idea-idea yang inovatif.

PUTRA yakin bahawa Kongres ini akan menjadi pencetus pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi bumiputera. Dengan berlandaskan nilai-nilai kerjasama, keadilan, dan kesamarataan, kami berharap agar Kongres ini akan memberikan panduan dan penyelesaian bagi meningkatkan kesejahteraan dan kelestarian ekonomi bumiputera.

“PUTRA PERKASA NEGARA”

Shahrulufti Sharif

Ketua Penerangan Parti PUTRA Malaysia