Berita PUTRA

𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔

https://www.nasionaldaily.com/…/beras-madani-indah…/

1. Mengejutkan, mulai 19 Februari 2024, jenama beras baru akan dijual dalam bentuk bungkusan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

2. Apakah ini akan bermakna tiada lagi beras Super Special Tempatan (SST) dan Super Special Import (SSI)? Sebelum ini, pada September 2023, ramai pihak tertanya-tanya mana perginya beras Tempatan kerana tidak kelihatan lagi bungkusan seumpamanya dipasaran.

3. Pihak Kerajaan mengumumkan Beras Madani 10kg akan dijual pada harga RM30 untuk 10kg. Beras Madani 5kg pula akan dijual pada harga RM15.50. Harga sekilo adalah antara RM3.00 hingga RM3.50.

4. A.Kadir Jasin dalam tulisannya di Malaysiakini bertarikh 16 Februari 2024, mendapati harga Beras Madani 90 sen lebih mahal berbanding harga kawalan sebelum ini selama 18 tahun iaitu RM2.60 sen sekilo.

5. Perbezaan jenama dan harga menunjukkan, pihak yang akan mengaut keuntungan adalah para pengilang, pengedar, kartel dan pengimport.

6. Bagi para petani, tidak kelihatan apa-apa yang dapat melega dan membanggakan mereka. Mereka tetap menghadapi penderitaan dan menanggung hutang yang sama. Umpamanya, kejadian di Parit Buntar melibatkan lebih 1,000 pesawah kerana masalah tanah jerlus, diserang tikus dan penyakit padi (Bhnews, 21 Januari 2024).

7. Kemusykilannya, apakah jenama Beras Madani ini hasil campuran Beras Tempatan dengan Beras Import? Jika hasil campuran itu dapat menurunkan harga, moleklah dianggap sebagai Madani. Tetapi ini seolah-olah menjadi sebaliknya!

8. Sehubungan itu, Parti PUTRA bertegas mahukan pihak kerajaan agar telus dan ikhlas dalam menjelaskan perkara dan situasi sebenar. Perkara ini adalah perlu bagi mengelakkan sindrom kebingungan dan kegelisahan orang ramai berikutan kenaikan harga beras yang sukar dibendung.

9. Kenaikan harga beras ini sinonim dengan rungutan rakyat berpendapatan rendah berikutan kenaikan segala keperluan asas rakyat saperti tarif harga air, letrik, minyak masak, gula, ikan, ayam, telor, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan di restoran dan lain2.Apa nak jadi pada rakyat kalau berterusan begini.

10. Beras Madani adalah jenama baru,nama nya indah pada rupa bungkusan tapi harga nya rakyat sedih dan dimana hebat nya pemimpin2 yg berpidato berdegar degar,rupa2 nya tong kosong. Apa pun, setiap suap nasi yang akan dimakan pasti kumpulan B40 mengenang nasib malang tanpa penghujung walaupun bagi orang Islam dan rakyat miskin di ajar bersyukur walaupun menderita.

Rupa2 nya Madani adalah yg tisak mengembirakan kehidupan rakyat.

PUTRA BERSIH DAN BERMORAL

PUTRA PERKASA NEGARA

Oleh: Dato’ Asmawar bin Samat

Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam

17 Februari 2024

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.