๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
1. Merujuk kepada ucapan biadab Senator Ti Lian Ker dari MCA berkenaan Kongres Ekonomi Bumiputera, sesungguhnya ucapan seperti itu memperlihatkan kebebalan dan sikap jahil manusia yang bagaikan kacang lupakan kulit sepertinya. Kepada Ti Lian Ker atau sesiapa jua yang berpemikiran biadab dan tidak tahu diri seperti itu. Peringatan untuk kalian :
2. Negara ini bernama Malaysia yang bermaksud “The Land of The Malays” ( Tanah Orang Melayu ). Sila fahami hakikat berdaulat itu dan tuan tanah ini adalah bangsa Melayu. Selagi ia berhakikat demikian, selagi itu Kongres Ekonomi Bumiputera atau Kongres Ekonomi Melayu akan sentiasa dan terus diadakan malah WAJIB dijalankan setiap tahun sebagai wadah menganalisa dan juga mengkaji segala pencapaian orang Melayu di negaranya dan tanah airnya sendiri ini.
3. Ti Lian Ker atau sesiapa jua yang bukan berbangsa Melayu sama sekali tidak layak untuk mempersoal atau mempertikai berkenaan hak berdaulat bangsa Melayu di tanah airnya ini.
4. Amat dangkal dan bebal untuk cuba menyamakan Kongres Ekonomi Bumiputera dengan apa jua elemen salah guna kuasa atau apa jua yang sumbang dilakukan oleh segelintir elit penguasa seperti huraian sumbang dan dangkal Ti Lian Ker itu. Kedua-dua perkara itu adalah berasingan sama sekali dan bukannya saling melengkapi malah bukan sama sekali juga pencirian kepada maksud agenda Bumiputera itu sendiri.
5. Penyalahgunaan kuasa tiada kaitan dengan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera. Ia adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Penyalahgunaan kuasa juga pada hakikatnya berlaku dalam semua komuniti dan bangsa bukan hanya terhad kepada elit Melayu sahaja. Malah ramai juga daripada kalangan orang Cina dan India serta lain-lain bangsa juga melakukannya apabila sirna dan hilang pegangan adab serta akhlak yang mulia.
6. Usah cuba menyemarak api perkauman yang didasari oleh sikap angkuh dan tidak sedar diri kalangan tertentu itu yang selama ini sering memperlihatkan sikap ultra-kiasu dan chauvinist yang amat memualkan. Belajarlah untuk insaf diri kalian dimana bumi dipijak disitu langit perlu kalian junjung. Usah bersikap biadab bagaikan Belanda meminta tanah, diberi sekangkang kera dipinta lagi sebesar bukit!
7. Seperkara yang perlu diingati baik-baik oleh kalangan yang cuba mempertikai hak ketuanan dan kedaulatan umat Melayu ini adalah, tiga pasak negara yang menjadi teras pembentukan negara bertuah Malaysia iaitu *Islam, Melayu dan Raja*. Maka selama tiga pasak negara ini menjadi teras dan asas serta dasar pembentukan negara bertuah ini, selama itulah segala agenda Melayu Dan Islam menjadi dasar yang WAJIB terus diperjuangkan, dipertahankan, diperkasakan malah di DAULATKAN di Tanah Melayu bumi berdaulat ini.
Biduk lalu kiambang bertaut, Membujur lalu melintang patah. Kata bersahut, Gayong bersambut. Biar berdentum guruh dilangit, namun agenda Islam dan umat Melayu sentiasa WAJIB terus diperjuangkan dan dipertahankan serta diperkasakan! Allahu Akbar.
Oleh :
Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin.
ADT merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam dan Kepimpinan Putra Malaysia.
8 Disember 2023