Berita PUTRA

๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

1. Inilah masanya Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim tunjukkan bahawa kerajaan Malaysia Madani sebuah kerajaan yang syumul dan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia. Wira PUTRA amat bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang mencabar PMX mengisytihar bahawa tujuh kerusi pemimpin dari PN yang menyokong Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor diadakan Pilihan Raya Kecil.

2. DS Anwar wajib menunjukkan kepada seluruh negara bahawa pendapat Tan Sri Muhyiddin pasti meleset bahawa PN boleh menang lebih besar sekiranya PRK diadakan di bawah pentadbiran kerajaan Madani.

3. Sekiranya DS Anwar melalui Speaker Dewan Rakyat dan DUN Selangor kosongkan ketujuh-tujuh kerusi tersebut, dapatlah kerajaan Madani membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang benar-benar kerajaan pilihan rakyat dan mengangkat ketertinggian undang-undang “Rule of Law” iaitu melaksanakan Perlembagaan dan segala undang-undang yang termaktub dan telah dipersetujui serta dipinda bagi memastikan kestabilan politik negara berjalan lancar.

Melainkan kerajaan Madani pimpinan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan sekutunya hanya sekadar retorik, masih mahu menyekat kebebasan rakyat untuk membuat pilihan dan mengamalkan demokrasi mati.

4. Pindaan Akta Lompat Parti bertujuan menghalang Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada menyalahguna proses demokrasi dan mengkhianati mandat rakyat. Alasan menyokong Perdana Menteri dan Menteri Besar berlainan parti kerana mahu menjaga rakyat dan demi negara itu adalah tidak munasabah dan tidak berasas. Untuk apa mereka beralih sokongan? Untuk dapatkan dana pembangunan dan aktiviti di kawasan?

5. Rakyat juga boleh menilai bahawa ahli Parlimen yang terlibat benar-benar jujur atau ada agenda yang lain. Mengalih sokongan kepada pemimpin berlainan parti adalah sama niat dan tujuan seperti melompat parti. Dan sekiranya mereka benar-benar jujur kosongkanlah kerusi secara sukarela, berikan rakyat kuasa semula untuk membuat pilihan dan memberi mandat kepada ketujuh-tujuh mereka melalui lambang Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.

Sekian.

Oleh: Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Wira PUTRA Malaysia