Berita PUTRA

π—§π—’π—Ÿπ—”π—ž π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—›π—”π—‘π—₯𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗕𝗧

1. Parti PUTRA menolak secara tegas kenyataan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang menggesa pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di ibu negara dilaksanakan dalam usaha menegakkan demokrasi. Pandangan Tan Kok Wai tidak membantu langsung dalam memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini. Sebaliknya, ia hanya menunjukkan sikap yang tidak menghormati kedaulatan dan kepentingan rakyat Malaysia.

2. Kenyataan Pengerusi DAP tersebut turut menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan masyarakat, terutama dalam konteks politik yang semakin tegang dan tidak stabil di Malaysia. Parti PUTRA menyeru kepada semua Parti Melayu untuk bersatu padu demi kepentingan bersama supaya tidak meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk mencapai kejayaan politik dan agenda peribadi DAP & ideologi mereka yang bertentangan dengan semangat perlembagaan dan perjanjian Malaysia.

3. Terdapat kemungkinan besar berlakunya keburukan atau ketidakadilan dalam sesetengah situasi di mana PBT mungkin tidak menjaga kesaksamaan dan kepentingan setiap kaum dengan adil dan saksama. Ini mungkin termasuk kecuaian yang nyata dalam memperuntukkan sumber dan peruntukan kepada masyarakat bumiputera, atau tindakan diskriminasi yang terang-terangan dalam proses pemilihan.

4. Pilihanraya tempatan sering kali melibatkan persaingan politik yang ketat, dan dalam beberapa keadaan, ia boleh mencetuskan ketegangan dan konflik antara pelbagai komuniti atau kelompok masyarakat. Ini boleh mengancam keharmonian dan keselamatan negara.

5. Penting untuk memahami bahawa pilihanraya tempatan menangani isu-isu yang lebih berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan di peringkat tempatan seperti pembangunan kawasan, pendidikan tempatan, perkhidmatan kesihatan, dan lain-lain. Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi isu-isu yang berkaitan dengan polisi nasional yang melibatkan kerajaan persekutuan. Oleh itu, pilihanraya tempatan sepatutnya dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua rakyat Malaysia, bukan hanya segelintir pihak yang berkepentingan.

PUTRA PERKASA NEGARA

SHAHRULUFTI SHARIF

Ketua Penerangan Parti PUTRA