Berita PUTRA

𝗦𝗣π—₯𝗠 π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—‘π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—¦π—œπ—”π—¦π—”π—§π—”π—‘ π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—”π——π—œπ—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ

Kertas Pandora adalah skandal rasuah global yang mendedahkan kegiatan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai oleh golongan berkuasa dan berpengaruh dunia, termasuk pemimpin-pemimpin negara, ahli politik, ahli korporat, selebriti dan hartawan. Skandal ini terbongkar oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) pada Oktober 2021, hasil daripada penyelidikan rahsia yang melibatkan lebih 600 wartawan dari 91 organisasi media dalam 117 negara.

Di Malaysia, sembilan individu telah terpalit dalam Kertas Pandora, antaranya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ahli Parlimen Selayang William Leong, Timbalan Menteri Ekonomi Hanifa Hajar Taib, bekas ahli parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa, Mahmud Abu Bekir, Pengerusi Rimbunan Hijau Tiong Hiew King, saudaranya Tiong Ik King, dan Pengerusi Kumpulan Genting Lim Kok Thay. Mereka didakwa memiliki syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul.

Pada Februari 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan penyiasatan berhubung isu ini, termasuk dengan memanggil seorang bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun bagi mendapatkan keterangan. Keterangan bekas pemimpin negara itu disyaki diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan membabitkan 12 syarikat luar pesisir miliknya. Beliau adalah Tun Daim Zainuddin.

Tindakan SPRM ini telah menimbulkan pertanyaan orang ramai apakah ini merupakan tindakan balas dendam atau ianya usaha membersihkan gejala rasuah. Kalau usaha membersihkan gejala rasuah kenapa lain-lain nama dalam Pandora Paper tidak disiasat termasuk nama Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Hakim buat keputusan ada kes 47 Prima Facie tapi diberi DNAA oleh Hakim atas arahan Peguam Negara. Orang ini kekal sebagai TPM. Bagaimana kes Kapal Tempur LCS yang kini sudah senyap? Bertimbun lagi kes-kes terkini yang patut disiasat dan diambil tindakan. Jelas kemarahan dan bantahan dari majoriti rakyat kerana dasar double standard dan hipokrit.

Siasatan SPRM ini jelas bersifat selektif dan berat sebelah terhadap Tun Daim sahaja, memandangkan adalah diketahui umum bahawa Anwar membenci Tun Daim sebagai musuh politiknya dan sering mengeluarkan kenyataan menyerang Tun Daim. Ini menunjukkan bahawa SPRM bukan lagi badan penyiasat bebas yang dihormati rakyat dan diibaratkan sebagai burung candik yang tiada integriti. PUTRA menuntut pihak SPRM untuk turut membuka siasatan terhadap individu-individu yang lain yang terlibat dalam Kertas Pandora.

Isu Kertas Pandora ini telah menimbulkan kecurigaan dan kekecewaan rakyat Malaysia, yang mengharapkan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menafikan bahawa kerajaan menyasarkan mana-mana bekas pemimpin, dan SPRM hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawab bagi membanteras rasuah tanpa mengira status dan kedudukan. Ini juga termasuk siasatan terhadap laporan dan akuan bersumpah Dato Murad Md Nor bekas Timbalan Gabenor Bank Negara terhadap PMX yang dituduh terlibat membawa wang keluar negara yang dikatakan hampir 3 billion. Rakyat juga mahu tahu kebenarannya.

Saya ulang kenyataan beliau, “Jika tidak salah, tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh”. Ini adalah kenyataan palsu dan hipokrit. Mengapa tidak menyiasat individu-individu yang lain? Jangan hanya cakap, tapi buat. Adakah anda melindungi mereka dan berkepentingan?

PUTRA PERKASA NEGARA

SHAHRULUFTI SHARIF

Ketua Penerangan Parti PUTRA Malaysia