Berita PUTRA

π—¦π—’π—Ÿπ—œπ——π—”π—₯π—œπ—§π—œ π— π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—œ 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨ π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— 

1. Mesyuarat ADT PUTRA Bil.09 bagi sesi 2023-2026 pada 23hb Mac 2024 lalu telah membuat keputusan untuk menggerakkan kesedaran umat Melayu-Islam supaya membeli di pasaraya dan kedai-kedai milik orang melayu-Islam. Pastinya produk-produk adalah terjamin HALAL kerana peniaga dan pemilik kedai tidak akan mengambil barang TIDAK HALAL untuk dijual di kedai mereka.

2. Ianya juga dapat membantu meningkatkan kegiatan ekonomi umat melayu-Islam terutama pengusaha-pengusaha produk yang dihasilkan oleh orang melayu.

3. Masa depan politik orang melayu bergantung kepada kekuatan ekonomi. Golongan minoriti mula menguasai politik kerana kekuatan ekonomi yang mereka kuasai. Kuasa politik tanpa kekuatan ekonomi akhirnya seperti tong kosong yang membawa ke arah menang sorak kampung tergadai. Sekarang sudah menjadi kenyataan ditambah pula pemimpin melayu-islam leka dan asyik mengejar kepentingan diri sehingga rasuah menjadi budaya hidup.

4. Bermula di bulan Ramadhan tahun ini, marilah sama-sama kita meningkatkan azam dan bersolidariti memasuki premis perniagaan milik orang-orang melayu dan membeli produk-produk yang pasti HALAL kepunyaan pengusaha melayu-islam.

5. Bahan makanan untuk ternakan ayam misalnya, masih belum ada tanda HALAL. Ini menyukarkan umat Islam untuk membezakan bekalan ayam yang keluar dari ladang orang Islam atau bukan Islam.

6. Timbul keraguan misalnya ke atas bahan makanan ayam mengandungi bahan tidak halal iaitu sumber dari babi. Ini melibatkan kandungan darah, tulang dan lemak babi.

7. Parti PUTRA menggesa agar pihak MARDI, JAKIM dan lain-lain jabatan berkaitan melakukan siasatan, kajian dan membuat pengumuman rasmi secara terbuka untuk diketahui secara sah dan memudahkan orang ramai membuat pilihan masing-masing serta selamat dari aspek haram halal.

8. PUTRA menyeru umat Islam janganlah hangat-hangat tahi ayam, bila timbul sesuatu isu mereka seperti bunyi guruh di langit tapi hari tak hujan.

9. Pepatah Melayu mengingatkan ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’.

Ayuh, orang melayu ke pasaraya dan kedai orang melayu sahaja.

Pasang niat, haram ke tempat lain.

PUTRA BERSIH & BERMORAL

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato’ Asmawar Samat

Naib Presiden Putra

Merangkap Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinandan Aduan Awam

25 Mac 2024

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.