Berita PUTRA

๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—š๐—ข ๐—•๐—˜๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐——๐—”๐—ฃ ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š

1. Pada 13 Januari 2024, bekas Ahli Parlimen Klang yang juga merupakan pemimpin DAP, Charles Santiago ada membidas kenyataan terkini daripada negarawan Malaysia, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan kaum India.

2. PUTRA selaku parti yang memperjuangkan doktrin kemelayuan bangkit menyelar dengan lantangnya kenyataan Saudara Charles. Apa yang diperkatakan oleh Charles adalah amat keterlaluan, biadap dan seolah-olah ‘tak ada otak’ terhadap seseorang yang pernah mengemudi tampuk pemerintahan negara dalam jangka masa puluhan tahun.

3. Charles seperti menafikan bahawa masih terdapat jurang yang bangsa bukan Melayu sendiri yang wujudkan waima di mulut kononnya mengaku mereka warga negara Malaysia yang sentiasa mendokong falsafah 5 prinsip utama Rukun Negara.

4. Itu belum lagi golongan ini diuji dengan kefasihan penggunaan Bahasa Melayu dan yang paling penting mengiktiraf dengan sepenuh hati segala hak keistimewaan orang Melayu yang telah digariskan seperti dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

5. Disebabkan saudara Charles cuba menghidupkan api yang berkaitan dengan ke’bangsa’an, cuba renungi semula, Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan Bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

6. Untuk menjadikan diri sebagai warga negara Malaysia amnya, apakah bangsa anda dapat buktikan melalui ciri-ciri tersebut yang telah digariskan?

7. Pembabitan dari aspek sosio ekonomi bukan sahaja dimajukan oleh bangsa bukan Melayu seperti India dan Cina malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan titik bermulanya perkara tersebut diasaskan oleh bangsa Melayu itu sendiri yang sudah pastinya merupakan golongan awal yang mahu mengubah dan membangunkan negara ini sejak awal kemerdekaan dengan segala pengemblengan usaha serta taat setia tanpa berbelah bahagi. Itulah kenyataan yang sukar disangkal oleh mana-mana bangsa sekalipun di dunia ini.

8. Memetik kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut, apa yang cuba disampaikan ialah tidak lain dan tidak bukan secara erti kata lainnya mahu semua bangsa yang kononnya berpaksikan hati ke’Malaysiaan’nya tetap sedar dan secara sedikit demi sedikit mengikis identiti asal nenek moyang mereka masing-masing.

9. Sekiranya benar rakyat bukan Melayu akur dengan prinsip yang telah digariskan mengapa sekolah vernakular sehingga ke hari ini masih kekal beroperasi? Bukankah lebih baik tutup sahaja dan bersama-sama menuntut ilmu dengan satu identiti sahaja iaitu di sekolah kebangsaan yang majoritinya adalah bangsa Melayu.

10. Bukankah ini dapat menidakkan sikap membezakan sosio budaya dan mengiktiraf ketuanan bangsa Melayu?

12. Sesungguhnya, kenyataan Saudara Charles adalah amat tidak wajar dan membawa malang kepada diri beliau sendiri. Sebagai negarawan ulung negara, kenyataan Tun Mahathir dilihat bukanlah sesuatu yang sia-sia. Dengan berbekalkan pengalaman berpuluh-puluh tahun sebagai pemimpin dalam tampuk pemerintahan suatu ketika dahulu, mengapa tidak kita membuka mata dan mengkaji semula kenyataan tersebut secara lebih positif?

13. Hairan melihat tingkah Saudara Charles yang tiba-tiba melompat? Adakah kenyataan itu benar? Hanya yang kunyah cili sahaja mampu merasakan pedasnya.

14. Sudah-sudahlah Charles. Apa yang lebih penting sekarang, cuba perbaiki mana yang masih rongak supaya jangan kerana silap ‘tembak’ isu seperti ini, maka ramai lagi Melayu lain bangkit kerana geram dengan tindakan dan cara saudara cuba menjadi hero kononnya. Ingat Charles dan mereka yang seangkatan dengannya, apabila kaki berjalan di tanah jangan lupa menjunjung langit di situ.

15. Buat kesekian kalinya, untuk titipan sesiapa sahaja agar tidak alpa, tolong berhenti berperangai seperti Zionis. Dah diberi betis, nak paha pula.

Oleh:

ZARINA ZAINAL ABIDIN

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti Parti PUTRA

14 Januari 2024