Berita PUTRA

๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—œ๐—๐—”๐—จ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ง๐—ข๐—ก๐—š – ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—จ ๐——๐—œ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ข๐—œ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก!

1. Ramai rakyat Selangor tidak sedar banyak ‘Kawasan Pertanian’ telah bertukar syarat nyata kegunaan tanah kepada ‘Kawasan Perumahan’. Terkini, ‘Kawasan Hijau’ dalam ‘Kawasan Perumahan’ di Bukit Jelutong, Shah Alam, mahu dimajukan untuk projek perumahan, lalu menimbulkan bantahan penduduk setempat.

2. Rancangan Persatuan Penduduk Bukit Jelutong (BJRA) untuk menunjukkan bantahan secara mengadakan Perhimpunan Aman pada 18 November 2023 telah dinasihatkan agar tidak meneruskan hasrat mereka oleh pihak Polis.

3. Larangan tersebut telah mengejutkan Mantan Menteri Besar Selangor Ke-5, YBhg. Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, seolah-olah Pihak Berkuasa Negeri bersetuju dengan rancangan untuk pemusnahan ‘Kawasan Hijau’ itu, katanya.

4. Pada tahun 1994, di bawah kepimpinannya, kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju ke atas permohonan syarikat Guthrie untuk menukar syarat nyata kegunaan tanah asal Ladang Kelapa Sawit Bukit Jelutong dari pertanian kepada perumahan dengan mengenakan syarat agar sebahagian dari kawasan perumahan itu dijadikan ‘Kawasan Hijau’ seperti Padang Golf awam, padang bola, netball dan lainnya.

5. Berkaitan perkara ini, Parti PUTRA berpendapat cadangan bantahan BJRA perlu dibenarkan dan diambil perhatian kerana itu adalah bagi memenuhi syarat Arahan Pembangunan (Development Order) pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum sebarang pembangunan dimulakan.

6. Nasihat Pihak Polis Shah Alam supaya perhimpunan untuk bantahan tidak diteruskan adalah bercanggah dan boleh mencacatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk sebarang Arahan Pembangunan selanjutnya ditempat lainnya.

7. Sementelah itu, umum memang mengetahui bahawa kawasan Bukit Jelutong berhampiran simpang lebuhraya ke Shah Alam, Klang, Kampung Melayu Subang, ke Selatan menuju Putrajaya, Seremban, Melaka dan Johor Bharu, ke utara menuju Rawang dan Ipoh, sering dinaiki air dan banjir hingga menjejaskan lalulintas antara 3 hingga 6 jam lamanya di situ.

8. Seorang penduduk yang tinggal berhampiran Istana Selangor yang pernah sangkut banjir di situ menyatakan bantahan kerasnya ke atas cadangan untuk menukar ‘Kawasan Hijau’ kepada pembangunan projek perumahan.

9. Pihak BJRA telah meneruskan perhimpunan dengan menyatakan bantahan mereka pada 18 November 2023. YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Pengerusi BJRA telah berucap menyatakan pendirian mereka.

10. Dalam hal ini, Parti PUTRA berpandangan, jika cadangan untuk menghapuskan ‘Kawasan Hijau’ diteruskan tanpa mengambil kira bantahan penduduk yang telah disuarakan, maka isu permasalahan seperti ini perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (Negara) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

11. Selaku penduduk di sesuatu kawasan, mereka masih mempunyai hak untuk menyuarakan bantahan dan mendapat pencerahan tentang mengapa kelulusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 1994 ke atas ‘Kawasan Hijau’ itu, tetapi tidak diwartakan (gazette) oleh pihak Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor.

12. Perkara seperti inilah yang dikatakan umpama ‘kelompongan membolehkan kebolosan’, oleh pihak-pihak pengeksploitasi dan berkepentingan untuk membuat untung, dengan segala muslihat datang untuk merosakkan imej sistem pentadbiran negeri dan negara.

13. Pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang seharusnya lebih berwaspada agar motto kerajaan Madani tidak dirosakkan semata-mata berikutan kelemahan jentera pentadbiran hingga sanggup mengenepikan integriti dan ketelusan!

14. Berikutan isu seperti ini, Pihak Kerajaan Pusat, terutamanya kerajaan Madani yang prihatin sekarang, perlu membuka, meneliti dan menimbang semula ke atas cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia di bawah naungan Yang Di-Pertuan Agong sepertimana yang pernah dikemukakan oleh pihak Biro Pengaduan Awam sekitar tahun 2005-2006 agar boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan Pusat dengan lebih efektif dan berkesan.

PUTRA BERSIH & BERMORAL

PUTRA PERKASA NEGARA

Oleh:

Dato’ Asmawar Samat

Naib Presiden Merangkap Pengerusi

Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan &

Aduan Awam Parti PUTRA Malaysia

26 November 2023