Berita PUTRA

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ, ๐—ž๐—”๐—๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก

1. Penjawat awam yang ada hari ni dan berpencen perlu kekal dengan imbuhan dan kadar yang diberikan seiring dengan perkhidmatan mereka.

2. Pindahlah mereka di mana-mana jabatan mahupun kementerian, kadar yang mereka terima adalah satu (1) kadar berdasarkan kepada skim yang mereka dapat.

3. Namun, menteri-menteri yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar diperingkat negeri dan menteri di kementerian, mendapat dua (2) pencen yang berbeza kadar dan situasinya. Jika sesorang bekas menteri atau menteri besar kembali terpilih menjadi Ahli Parlimen atau ahli DUN, gaji atau elaun baru dapat dan pencen atas jawatan sebelum ini pun dapat. Dahsyat ganjaran untuk penjawat ahli politik dalam Kerajaan.

4. Itu tidak termasuk lagi jika bekas menteri besar dan menteri di satu-satu kementerian juga pernah menjawat jawatan speaker dan berpencen oleh satu-satu individu. Maka mereka akan ada tiga (3) pencen.

5. Untuk membayar pencen bagi 1 individu yang berpencen pada 3 kedudukan dalam kerajaan boleh menjangkau tidak kurang RM40 ribu sebulan.

6. Itu baru satu individu, dalam Malaysia ini ramai ahli-ahli politik yang memegang lebih dari satu jawatan sepanjang karier politik mereka.

7. Kenapa tidak kita selaraskan pencen mereka yang seperti ini dengan memilih nilaian pencen yang tertinggi bagi sepanjang perkhidmatan mereka dan bukannya secara keseluruhan pencen berdasarkan kepada jumlah jawatan yang mereka menjawat sepanjang karier politik mereka.

8. PUTRA yakฤฑn melalui inisiatif ini, ianya akan mengoptimumkan perbelanjaan negara untuk membayar pencen-pencen Ahli politik yang pernah berada dalam tampuk pemerintahan negara.

9. Justeru, PUTRA menyokong agar gaji, elaun dan pencen bekas-bekas ahli politik yg menjadi menteri dan bekas menteri dan yg lain-lain yang dikaji semula dan dirombak bagi mencerminkan benar-benar Kerajaan berjiwa rakyat .

10. Gaji dan Elaun Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri juga wajib dikaji semula. Gaji dan berbagai elaun, dan berbagai kemudahan boleh mencecah RM70 ribu lebih sebulan. Manakala gaji Ahli Parlimen dan Ahli Dun pula bebas cukai dan masih ada ahli parlimen yang mohon peruntukan untuk hadir kenduri kahwin, dahsyat sekali. Ini yang menyebabkan berebut-rebut untuk menjadi calon kerana ganjarannya amat lumayan.

11. Manakala untuk membantu B40, M40 dan rakyat keseluruhannya berkira sangat dan subsidi ditarik balik. Rakyat B40 yang menerima tunai rahmah kononnya 3,700 setahun, dibayar 2 atau 3 kali hanya terima sekitar purata RM300 sebulan dan dalam masa yang sama subsidi dicatu dan ditarik balik namun pendapatan pimpinan-pimpinan politik terus dinikmati dengan angka pendapatan yang luar biasa.

12. Sedih tapi benar. Sepanjang Perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, tidak ada satu pun Ahli Parlimen menyentuh perkara gaji dan elaun ahli politik dalam kerajaan dan pencen yang melampau. Seingatan PUTRA, MP Muar Syed Saddiq pernah menyuarakan perkara ini di Dewan Rakyat. Inilah Perjuangan Putra iaitu Parti yang telus dan bukan Parti bercakap lain, buat lain, dan rakyat terus tertindas. Sedarlah wahai majoriti rakyat Malaysia.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dr. Mohamad Izwan bin Zainal

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA merangkap Pengerusi Biro Ekonomi.

7hb Nov 2023.