Berita PUTRA

𝗣𝗔𝗑𝗔𝗦: π—₯π—˜π—žπ—§π—’π—₯ π—¨π—œπ—”π— , 𝗣π—₯π—’π—™π—˜π—¦π—’π—₯ π—˜π— π—˜π—₯π—œπ—§π—¨π—¦ 𝗧𝗔𝗑 𝗦π—₯π—œ π——π—­π—¨π—Ÿπ—žπ—œπ—™π—Ÿπ—œ π—”π—•π——π—¨π—Ÿ π—₯π—”π—­π—”π—ž, 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗣𝗠𝗫 π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—Ÿπ—¨π— π—”π—‘π—š π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, π— π—˜π— π—¨π—‘π—šπ—žπ—œπ—₯π—œ π—π—”π—‘π—π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π—•π—’π—›π—’π—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§

Dalam Utusan Malaysia 28 Disember 2023, Professor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menyelar PMX dengan berkata:

(1) PMX tidak berprinsip: β€œKalau sudah berkuasa, semua boleh diubah belaka. Dahulu yang tidak boleh, kini boleh sahaja. Dahulu ditolak, kini didakap tidak lepas. Dahulu berprinsip, kini menepis.”

(2) PMX cakap tidak serupa bikin dalam memerangi rasuah: β€œKononnya rasuah musuh utama perlu dibasmi. Namun, perasuah teman setia terus bersemi. Mengapa? Satu kejutan besar pastinya. Terkejut beruk apabila rasuah membentengi perpaduan. Selepas setahun keluh kesah dengan retorika memerangi rasuah, gelagat politik terkesan cukup sumbang memalukan. Cakap tidak serupa bikin.”

(3) PMX menjadikan negara bertambah miskin: β€œNegara bertambah miskin bukan sahaja wang ringgit tetapi budi bicara!”

Hari ini dalam Utusan Malaysia 4 Januari 2024 Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak meneruskan selarannya ke atas PMX dengan berkata:

(1) PMX hanya bertempik sahaja mahu memerangi rasuah tetapi masih terang-terangan bergelumang dengan rasuah: β€œDi bawah didikan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan aktiviti korupsi dan kemunafikan dalam semua hal, apa lagi politik sempit tanah air, mesti dibasmi dengan seluruh tenaga serta kudrat, kalau boleh hari ini juga. Tiada kejutan kerana sudah berlarutan begitu lama. Sudah sebati. Hanya dengan bertempik sahaja, tetapi masih terang-terangan bergelumang dengan tabiat yang merosakkan siang dan malam tidak memadai.”

(2) PMX memungkiri janji menjuarai perubahan dengan sekadar membuat reformasi acuh tak acuh: β€œHatta, betapa perlu disegerakan transformasi seperti dinukil dalam buku Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu khususnya Bab 4 dan 5. Bukan sekadar reformasi acuh tak acuh yang menjadi kupasan begitu nyata kepada yang celik mata hati dan akal budi seperti ulasan The Economist terkini pada 31 Disember tahun lalu menyatakan janji lanjut menjuarai perubahan, kini lebih menampakkan seperti rintangan kepadanya.”

(3) PMX berbohong kepada rakyat, belum insaf dan masih berkurap dengan amalan korupsi: β€œAllahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan bertegas undang-undang atau reformasi politik semata-semata tidak akan menyekat memimpin politik atau pengikut-pengikut mereka berbohong kepada rakyat atau menipu negara. Jangan terpedaya dengan angka yang mungkin teruja, tetapi miskin tegar yang masih ratusan ribu bilangannya, kais pagi, makan pagi, sedangkan rasuah terus bermaharajalela. Oleh itu, kepada yang belum insaf dan masih berkurap dengan amalan korupsi dan kemunafikan mereka, UIAM serta kepemimpinannya akan tetap menggenggam amanah serta fardhu kifayahnya, bagaimana dilakukan Mohd. Kamal terhadap Ilahi.”

Lanjut klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1059523561922967&id=100035959996986&mibextid=Nif5oz

Ahli akademik kecam Anwar dan Utusan Malaysia menyiarkan… Maksudnya ?