Berita PUTRA

๐—ž๐—ข๐—ฆ ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—ง ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก. ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š

Dalam laporan tentang jangkaan kenaikan harga barang sebanyak 20 peratus Ogos ini, memainkan peranan penting dalam memacu inflasi keseluruhan.

Persoalan penting untuk Kerajaan MADANI – Apakah langkah drastik yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap pengguna?
Kos elektrik yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang Ringgit sebagai pemacu utama kenaikan harga makanan. Faktor-faktor ini telah menyebabkan defisit perdagangan yang lebih tinggi dan memburukkan lagi keadaan kerana negara Malaysia bergantung juga kepada import makanan.

Kesan kenaikan harga makanan dirasai merentasi populasi, dengan tahap kesukaran yang berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor – tahap pendapatan, tabiat penggunaan, peranan individu sebagai pengeluar atau pengguna makanan, perkadaran perbelanjaan makanan, dan harga penghantaran pasaran global ke pasaran tempatan.

Kesimpulannya, tindakan yang dicadangkan PUTRA dalam mengatasi kenaikan harga makanan adalah:

  1. Melaksanakan dasar yang menyepadukan amalan pengeluaran dan penggunaan yang mampan dalam ekonomi Malaysia yang membangun;
  2. Mewujudkan program perlindungan sosial seperti pemindahan makanan dan sokongan pendapatan, dengan tumpuan kepada program pemakanan awal kanak-kanak untuk komuniti miskin di kawasan bandar dan luar bandar;
  3. Mengawal harga dan menstabilkan bekalan melalui tempat penyimpanan bahan makanan penting dan mekanisme pelepasan ke pasaran ketika harga meningkat;
  4. Meningkatkan sistem pergudangan yang berkesan, rangkaian pengedaran, penguatkuasaan terhadap amalan perdagangan yang tidak adil, dan skim subsidi yang direka dengan baik;
  5. Meningkatkan pelaburan dalam R&D pertanian, infrastruktur luar bandar, pembangunan keusahawanan, dan kemudahan akses pasaran untuk petani berskala kecil.

Dengan mengambil langkah-langkah ini, diharapkan kesan negatif kenaikan harga makanan dan inflasi dapat dikurangkan dengan ketara.

PUTRA percaya bahawa rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang kekal komited kepada janji-janjinya dan menjunjung nilai-nilai ketelusan, keterangkuman, dan tidak retorik.

PUTRA PERKASA NEGARA

SHAHRULUFTI SHARIF
KETUA PENERANGAN PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)

12 Julai 2023 | Bersamaan 23 Zulhijjah 1444H

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ouiZhJ8XqVwguARUuzBZTnMd83nGeGPHAZtYFoXU9Vcm1XJZR1nQoBVmMiXYcgu2l&id=100064419946002&mibextid=Nif5oz