Berita PUTRA

π—žπ—š π—¦π—˜π—§π—œπ—” 𝗝𝗔𝗬𝗔 – π—£π—˜π—‘π——π—¨π——π—¨π—ž π——π—œπ—¨π—¦π—œπ—₯ 𝗨𝗠𝗣𝗔𝗠𝗔 π—£π—”π—Ÿπ—˜π—¦π—§π—œπ—‘ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

KUALA LUMPRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan penduduk Kampung Setia Jaya, Wangsa Maju dekat sini berpindah dalam tempoh 18 bulan, mengejutkan banyak pihak.

Keputusan itu yang dibuat pada 19 Disember lalu, turut membuka mata banyak pihak yang memberi gambaran penduduk di situ umpama Palestin Malaysia.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Asmawar Samat mengulas, jika pengusiran itu benar berlaku, ia akan Nampak kekejaman, penindasan, manipulasi dan kepincangan pentadbiran di pihak berkuasa.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan, Aduan Awam Putra menjelaskan, Keputusan itu telah didengari Ketua Jawatankuasa Bertindak KKJ yang juga bekas tentera, Noor Sham Din.

Turut hadir menyaksikan di mahkamah ialah Presiden Putra, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim bin Ali; Timbalan Presiden, Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir; dan beberapa pemimpin kanan Putra.

Sebelum itu, pada 12 Disember 2023, Dato’ Presiden bersama sembilan pemimpin kanan Putra telah berusaha bertemu dan mendengar penjelasan pihak jawatankuasa bertindak bersama penduduk kampung berkenaan berkaitan status tanah yang didiami mereka.

Ini kata Datuk Asmawar, berdasarkan video yang tular menyatakan mereka telah mendapat surat daripada Shook Lin & Bok bertarikh 15 Februari 2023 yang bertindak bagi pihak Kolej Tuanku Abdul Rahman dialamatkan kepada Mohd Salihin Bin Zakaria, No. Tag Bangunan: D25, tanah di bawah H.S.. (D):69596 PT2890, Mukim Setapak, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya mengosongkan tanah yang diduduki dalam tempoh tujuh hari atas kos sendiri.

β€œDari segi sejarahnya, mereka adalah penduduk yang kebanyakannya bekas tentera yang bersara seawal dan ditawarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak untuk menduduki tanah berkenaan atas nama program Bumi Hijau.

β€œTujuan Perdana Menteri kedua berbuat demikian adalah untuk menyeimbangkan penduduk Melayu dan Cina yang dilihat tidak seimbang tinggal di Kuala Lumpur menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

β€œMereka ini telah dibenarkan meneroka kampung tersebut sebagai penempatan dan membina kediaman bagi tujuan meneruskan kehidupan dan mencari rezeki menyara keluarga,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Menurut Datuk Asmawar, tinjauan menunjukkan sejak penduduk mendiami Kampung Setia Jaya, mereka telah berusaha mendapatkan geran tanah dengan mengemukakan permohonan sebanyak dua kali, tetapi ditolak oleh Pentadbir Tanah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun, mereka terkejut apabila pada tahun 2002, mereka mendapat tahu tanah kediaman terokaan itu telah diluluskan kepada Kolej Tuanku Abdul Rahman milik parti MCA.

Sejak dari itu, penduduk sering didatangi dan ditawarkan ganti rugi, tetapi nilainya amat rendah seperti ditawarkan sebuah kondominium berkeluasan 950 kp atau wang tunai RM30,000 + RM10,000 kos berpindah sebagai ganti rugi ke atas tanah dengan keluasan 50′ x 60′ itu.

β€œPenduduk merasakan tawaran tersebut amat mengecewakan kerana nilai tanah itu mencecah RM3 juta (3,000 kp x RM1,000 skp) atau x 500 penduduk x 50 ekar x RM1,000 kp bersamaan RM2 bilion untuk tanah didiami mereka sekarang.

β€œJusteru, Putra berpendapat, memandangkan isu Kampung Setia Jaya itu telah menjadi rumit dan amat sensitif ketika ini, maka disyorkan kepada kerajaan perpaduan yang Madani dan prihatin agar dapat mengambil perhatian dengan mengkaji serta meneliti semula pemberimilikan ke atas tanah berkenaan.

β€œAdalah lebih baik kerajaan menggunakan formula yang boleh menguntungkan semua pihak dan memanafaatkan masyarakat setempat secara menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, yang mana penyelesaiannya adalah demi kepentingan awam,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, ada baiknya kerajaan mengambil contoh Republik China Taiwan, walaupun sebangsa Cina, seorang berasal dari Pulau Taiwan, seorang lagi datang dari Tanah Besar China, namun pemilik tanah asal dibenar mempertahankan hak milik tanah mereka.

β€œCaranya adalah dibenarkan β€˜menyewakan tanah dengan tidak menjual akhirnya’, demi mempertahan dan mengekalkan status mereka sebagai tuan tanah.

β€œKita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Palestin, mereka diusir kerana telah menjual sebahagian tanah mereka, dan akhirnya tanah berisi tanaman yang subur dan bangunan indah kini menjadi umpama β€˜Padang Jarak, Padang Terkukur’ akibat sengketa dan perang berpanjangan.

β€œBanyak pihak menganggap, kemunculan isu pemberimilikan tanah terokaan bekas tentera kepada Kolej Tuanku Abdul Rahman itu sungguh menyayat hati kerana muncul ketika Kerajaan Perpaduan mahu mencipta nama mayarakat Madani melibatkan semua kaum,” katanya.

Sementara itu, seorang anak penduduk, Masni Shahril menjelaskankan pada 19 Disember lalu, Kampung Setia Jaya adalah bersempadanan dengan Kem Wardieburn dan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Kata beliau, kolej itu dibina sekitar 1974 dengan nama asal ialah Kampung Bumi Hijau.

Jelasnya, penerokaan asal tanah itu adalah kalangan anggota tentera yang menyahut seruan kerajaan untuk Kempen Bumi Hijau.

β€œAyah saya terlibat dan kampung ini adalah kawasan permainan saya. Dari sini saya sering berulang alik ke Yayasan Anda Akademik (YAA) milik Anwar Ibrahim,” jelasnya dengan nada pilu dan hampa.

Seorang lagi penduduk Wanita, merasa sebak dan sedu dengan keputusan mahkamah mahukan mereka berpindah dalam tempoh 18 bulan, sedangkan ibunya yang berusia 92 tahun terlantar sakit.

Katanya, ibunya adalah generasi pertama mendiami kampung itu.

Menurut Datuk Asmawar, Putra mendapati, kebanyakan penduduk berpandangan, apa gunanya menjadi bekas tentera kalau pembukaan tanah atas program Bumi Hijau hasil usaha titik peluh mereka sendiri kini menjadi milik orang yang tidak ketahuan jasa kepada negara dan asal usulnya.

β€œMungkin mereka yang masuk itu kaya raya dan yang akan dibinakan adalah perumahan untuk mereka, bukan penambahan kolej atau asrama untuk para pelajar.

β€œOleh itu, persoalan kini, sanggupkah Kerajaan Perpaduan yang sedang mempromosi konsep Madani menyaksikan kejadian seperti ini di negara sendiri dengan secara berpeluk tubuh sahaja?

β€œAtau, mahu dibiarkan sahaja isu seperti ini untuk memberi laluan agenda ‘Persempadanan Semula dan Pilihanraya PBT’ diluluskan dan bandar-bandar besar didominasi oleh kaum tertentu yang kaya raya sahaja? – Putra