Mengapa sumbangan anda diperlukan?

PUTRA adalah sebuah parti politik marhaen, ingin berjuang untuk membela hak dan maruah anak bangsa Melayu dan Pribumi yang ditindas secara halus di negara sendiri dan secara tidak langsung membawa kebaikan kepada bangsa-bangsa lain. Namun tanggungjawab ini, semakin hari semakin berat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, pemimpin-pemimpin PUTRA di peringkat akar umbi dan pusat didatangi dan menerima pelbagai rungutan dan aduan berkenaan kezaliman, penindasan, penganiayaan & penipuan pemimpin tempatan termasuk pemimpin politik terdahulu. Tidak kurang kepada golongan yang kurang berkemampuan yang tidak diberi perhatian dan tidak mendapat bantuan keperluan harian sebaiknya. Mereka datang kepada PUTRA mengadu nasib dan mengharapkan nasib mereka dibela.

Namun sedih, PUTRA hanya mampu mendengar rintihan dan membantu seadanya sahaja kerana kekurangan sumber dan kebolehan untuk membantu.

Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri. Kekuatan PUTRA bermula dari sokongan anda. Perjuangan ini adalah perjuangan bersama.

Sumbangan anda dapat membantu menampung sebahagian kos operasi PUTRA terutamanya dalam urusan penyelesaian aduan bagi membantu mereka yang memerlukan atas kepentingan kemaslahatan ummah serta kempen ke arah perjuangan agama, bangsa dan negara berteraskan 10 Sumpah Keramat Perjuangan PUTRA yang menyentuh perihal kemuliaan agama Islam, ketertinggian Institusi Raja-Raja Melayu, pendidikan satu aliran, pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi, menuntut kembali tanah-tanah rizab Melayu yang tergadai, hak biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera, memastikan kek ekonomi negara diagih dengan adil mengikut komposisi kaum dalam semua bidang serta mengwujudkan Suruhanjaya Diraja mengkaji semula bangsa asing yang telah menerima kewarganegaraan Malaysia demi menjaga kepentingan rakyat dan kesejahteraan tanah air Malaysia.

“PUTRA PERKASA NEGARA”