Selamatkan Tanah Rizab Melayu

RM

Butiran Penyumbang

Donation Total: RM100.00

Ayuh Menyumbang ke Tabung Perjuangan Selamatkan Tanah Rizab Melayu!

Untuk pengetahuan semua, PUTRA Perak akan memfailkan satu tindakan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan kelulusan Tanah Rizab Melayu seluas 1,600 ekar kerana tanah ini telah ditukar hak milik kepada bukan Melayu secara tidak sah. Dato’ Hamidah Osman, Naib Presiden Parti PUTRA Malaysia bersama kepimpinan PUTRA Negeri Perak melalui pasukan forensik khas yang terdiri dari pakar undang-undang tanah, juru ukur bertauliah, dan individu-individu yang berpengalaman luas berkenaan tanah rizab Melayu telah melakukan carian terhadap 317 lot tanah rizab Melayu yang mana telah dikenalpasti dan didapati dipindah milik kepada orang bukan Melayu.
Hasil carian membuktikan 20 lot dengan keluasan kira-kira 40 hektar dan dimiliki oleh orang bukan Melayu di mana hal ini jelas bertentangan dengan Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri. PUTRA telahpun melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi. Hal ini adalah satu penindasan dan penganiayaan kepada orang-orang Melayu sehingga satu-satunya jaminan tanah bagi diwariskan kepada anak cucu pribumi akan datang tergadai dan hanya mampu menginjak di bumi milik orang bukan Melayu.
[LIVE] Pengerusi Penyelaras Parti Putra Perak, Datuk Hamidah Osman membuat laporan polis mengenai salah laku pemberimilikan ribuan ekar tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak lapor Wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad. Posted by Sinar Harian on Wednesday, September 23, 2020
PUTRA menyeru orang awam agar bersama-sama menyumbang bagi membantu perjuangan mengembalikan tanah rizab Tanah Melayu bagi dimanfaatkan oleh generasi pada masa hadapan. PUTRA perlukan sokongan kewangan bagi membayar khidmat peguam dan bagi melakukan carian rasmi berkenaan lot-lot tanah rizab Melayu yang telah dikenalpasti diseleweng dan dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. PUTRA melalui mahkamah akan berusaha untuk mendapatkan perintah Mahkamah untuk mengisytihar proses pindah milik tersebut tidak sah dan tanah itu perlu dikembalikan kepada status asal.