Berita PUTRA

PUTRA Desak Filem Mentega Terbang Disiasat

PETALING JAYA: Filem Mentega Terbang yang mengangkat topik agama dan kepercayaan didakwa menghina serta mempersendakan agama Islam.

Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata filem ini membawa mesej yang memesongkan dengan menggambarkan fahaman liberal diterapkan dalam ajaran Islam.

Justeru, beliau mendesak Polis menyiasat serta merujuknya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan pengesahan.

Ujarnya filem ini turut mencabar akidah serta berbahaya kepada anak muda menerusi watak yang mempercayai kelahiran semula sebagai binatang atau serangga.

“Kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita dan filem ada hadnya, yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat negara malaysia yang beragama Islam,” jelas Shahrulufti dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, Kementerian Dalam Negeri perlu memainkan peranan dengan mengharamkan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari JAKIM atau Majlis Agama Islam.

Sebelum ini, Shahrulufti telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Isnin mengenai penerbitan dan tayangan filem tersebut.

Sumber: https://sumberkini.my/putra-desak-filem-mentega-terbang-disiasat/

Slots Empire Casino

Slots Empire Casino is a dynamic online gaming platform that offers a wide array of exciting Slots Empire Casino games. From riveting slots to classic table games, there is something for every gamer's preference. It provides a safe and secure environment for players, ensuring confidentiality. Its user-friendly interface makes for a seamless gaming experience.