Ibrahim, Perkasa didenda RM150,000 kes saman Lim Guan Eng

RM

Butiran Penyumbang

Donation Total: RM100.00

Pertahankan Wira Melayu. Presiden PUTRA / PERKASA

Lim Guan Eng menang saman terhadap Perkasa dan Dato’ Ibrahim Ali di Mahkamah Persekutuan. Perkasa dan Dato’, Ibrahim Ali di arah bayar ganti rugi RM150,000 kepada Guan Eng.

3 PANEL HAKIM

Setuju
1. Hakim Datuk Nallini Pathmanathan
2. Hakim Datuk Harminder Singh Dhaliwal

Tolak
3. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli

Ini merupakan satu inisiatif Parti PUTRA bagi mempertahankan Presiden PUTRA yang juga Presiden Perkasa dalam meringankan beban membayar denda berkaitan saman mahkamah kepada Lim Guan Eng (DAP). Sumbangan ikhlas dari tuan-tuan sekalian adalah pemangkin penerus perjuangan Perkasa pertahankan kesucian Islam dan kepentingan orang Melayu serta Pribumi.

Hulurkanlah berapa ikhlas jumlah sumbangan yang mampu untuk tabung ini. Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

JOM BANTU DAN SUMBANG!

Ini bukan kali Pertama Dato’ Ibrahim Ali melawan pertuduhan pemimpin-pemimpin politik dan aktivis bukan Islam yang mahukan karier politiknya yang tegas memperjuangkan Melayu, Pribumi dan Islam ini terkubur. Tambahan pertuduhan dibuat adalah satu penganiayaan yang jelas dan berunsurkan politik.

Guan Eng telah memfailkan saman ke atas kenyataan Allahyarham Ruslan Kassim, bekas Ketua Penerangan Perkasa pada Oktober 2011 berikutan penerbitan artikel yang mengaitkan Guan Eng sebagai seorang ejen Singapura dan mendedahkan rahsia negara kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa mesyuarat bersama pemimpin parti tersebut yang berlangsung di Singapura pada bulan Ogos 2011. 2 pihak lain turut disabit iaitu Dato’ Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa sebagai defenden kedua dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Guan Eng sengaja melibatkan Dato’ Ibrahim Ali bagi memburukkan imejnya selaku Presiden Perkasa walaupun dia tahu kenyataan itu adalah kenyataan Allahyarham Ruslan Kassim. Namun begitu, dengan semangat setiakawan dan kepimpinan yang wujud dalam diri Dato’ Ibrahim Ali beliau tetap mempertahankan sahabatnya walaupun Allahyarham Ruslan Kassim telah pergi buat selamanya meninggalkan perjuangan demi keselamatan dan keharmonian negara.

Namun begitu, pada 26 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada Lim Guan Eng. Peguam Adnan Seman telah dilantik mewakili Dato’ Ibrahim Ali bagi menentang kes pertuduhan yang dibuat Lim Guan Eng.

Dana guaman dan bayaran denda yang diperlukan bagi kes ini  adalah sebanyak RM150,000.00. Oleh itu, kami melancarkan kempen tabung sumbangan dan solidariti  selamatkan Perkasa dan Wira Melayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin selama 1 bulan dengan sumbangan serendah RM10 untuk menampung kos guaman dan segala bayaran denda berkaitan kepada mahkamah. Kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran untuk memastikan keadilan berlaku. Penganiayaan dan perbuatan khianat bagi melemahkan perjuangan anak bangsa di Malaysia ini wajib ditentang.